SILA LAWATI JUGA SALURAN YOUTUBE
Portal Rasmi Latihan Industri – Unit Kolaborasi Industri & Komuniti (UKIK)
Kolej Komuniti Kluang, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Kementerian Pendidikan Tinggi
Latihan Industri (LI) merupakan komponen program pengajian yang memberi pelajar peluang pembelajaran di dunia pekerjaan agar lebih bersedia dengan suasana kerja yang bakal mereka ceburi. Selain daripada itu, kursus LI adalah untuk memperkasakan kompetensi dan kemahiran pekerjaan pelajar dan seterusnya dapat mempertingkatkan kebolehpasaran pelajar. Kurikulum LI ini juga mampu mewujudkan daya saing yang tinggi di pasaran pekerjaan.
Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran akademik dalam alam pekerjaan yang sebenar;
Mendedahkan pelajar kepada pengetahuan dan teknologi yang digunakan di industri;
Mengukuhkan keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi secara berkesan di semua peringkat di tempat kerja; dan
Mengamalkan nilai atau etika kerja seperti jujur, amanah, berdisiplin dan bertanggungjawab.