Dokumen permohonan BKPKK adalah seperti berikut;
Sila sertakan dokumen-dokumen berikut:
2.1 Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga (Borang BKPKK/B/02)
2.2 Satu (1) Salinan kad pengenalan pelajar
2.3 Satu (1) Salinan kad pengenalan ibu / penjaga sah
2.4 Satu (1) Salinan kad pengenalan bapa / penjaga sah
2.5 Satu (1) Salinan Sijil Kematian / Perceraian ibu dan bapa (Jika Berkaitan)
2.6 Slip gaji ibu dan bapa / penjaga dengan pengesahan dari majikan (Rujuk 2.6.1) /
Borang Pengesahan pendapatan bagi yang Bekerja Sendiri / Tidak Bekerja (Tiada Majikan) (Rujuk 2.6.2)
ii. Surat Pengesahan Pendapatan Ibu dan Bapa / penjaga sah (BHEP 6).
2.1 Semua dokumen salinan perlu mendapat pengesahan dari individu yang layak sama seperti senarai saksi / pegawai pengesah yang telah dinyatakan pada Borang BKPKK/B/02 dan BHEP 6 seperti berikut;
PENGESAHAN : Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41/Gred 3/Kumpulan A ke atas di Kementerian / Jabatan Persekutuan dan Negeri / Pejabat Daerah. Pegawai Pendidikan iaitu Pensyarah di IPTA / Politeknik / Kolej Komuniti, Pegawai Pendidikan Negeri/Daerah dan Pengetua / Penolong Kanan di sekolah menengah Kerajaan. Semua doktor yang bertugas di hospital dan pusat kesihatan Kerajaan. Pegawai Kehakiman dan Perundangan iaitu semua pegawai Gred 41 ke atas dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan kerajaan (Contoh : Hakim, Majistret, Peguam Persekutuan, Penasihat Undang-Undang, Pegawai Undang-Undang dan Pendaftar Mahkamah), Peguambela dan Peguamcara, Pesuruhjaya Sumpah dan Jaksa Pendamai. Pegawai Beruniform iaitu Tentera (Kapten dan ke atas), Polis (ASP / Penolong Penguasa dan ke atas), Pegawai Penjara (Penguasa Penjara dan ke atas), Bomba (Penguasa Bomba dan ke atas), Jabatan Perhutanan (Pegawai Gred 41 ke atas), Jabatan Laut (Pegawai Gred 41 ke atas), Kastam (Penguasa Kastam dan ke atas). Lain-lain iaitu Wakil Rakyat / Senator, Penggawa / Penghulu / Ketua Kampung / Tuai Rumah / Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) / Ketua Kaum / Ketua Masyarakat / Penyelia Pembangunan Mukim (PPM), Pengurus FELDA/Pengerusi JKKR. Pengesahan selain dari kumpulan yang dinyatakan adalah tidak sah.
2.2 Pengesahan daripada individu berikut adalah tidak diterima
2.2.1 Pengerusi / Naib Pengerusi JKKK (setaraf dengannya)
2.2.2 Pengerusi / Naib Pengerusi Rukun Tetangga (setaraf dengannya)
2.2.3 Pengerusi / Naib Pengerusi Blok (setaraf dengannya)
3. SENARAI DOKUMEN TAWARAN BKPKK (DISERAH SELEPAS PERMOHONAN BERJAYA)