SmartGreen PolyCC
KOLEJ KOMUNITI KEMAMAN
SmartGreen di Kolej Komuniti Kemaman merupakan inisiatif hijau yang menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dengan memupuk kesedaran dan amalan lestari dalam kalangan pelajar, staf dan komuniti.
Ia menekankan penggunaan teknologi hijau, pengurusan sumber secara mampan, serta inovasi mesra alam selaras dengan saranan Ketua pengarah, Jabatan pendidikan politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi agar semua politeknik dan kolej komuniti memainkan peranan dalam kelestarian alam.
Melalui SmartGreen, Kolej Komuniti Kemaman ini beraspirasi menjadi model institusi mampan yang menyumbang kepada masa depan lebih lestari dan membentuk individu yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar, sosial dan ekonomi.