UNIT JAMINAN KUALITI
KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS
Unit Jaminan Kualiti Kolej Komuniti Kepala Batas telah ditubuhkan untuk merancang, melaksana dan memantau aktiviti pengurusan kualiti dan akreditasi Kolej Komuniti Kepala Batas. Unit Jaminan Kualiti juga berperanan menerapkan budaya bekerja cemerlang serta mengamalkan penambahbaikan berterusan kearah merealisasikan visi, misi dan dasar kualiti Kolej Komuniti Kepala Batas.