POSTER POLYCCOM '24
POSTER JEMPUTAN JURI
Sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) merupakan suatu pendekatan dalam pendidikan yang diterajui industri dengan hala tuju menyediakan modal insan berkemahiran yang diperlukan industri. Sistem pendidikan ini digubal berteraskan matlamat menyokong peralihan sektor ekonomi ke arah aktiviti berasaskan pengetahuan, selari dengan aspirasi menjadi negara maju. Matlamat dalam pendidikan TVET adalah melahirkan individu yang mempunyai kemahiran dalam penyelidikan gunaan, pembangunan produk inovasi dan pengkomersialan. Matlamat ini perlu direalisasikan melalui penghasilan produk dan perkhidmatan yang berpotensi untuk dikomersialkan secara holistik. Sehubungan itu, pertandingan pengkomersialan MYPOLYCC yang merupakan penganjuran bagi tahun ke empat atau dengan nama singkatannya iaitu POLYCCOM 2024 adalah landasan terbaik bagi mencapai hala tuju pengkomersialan yang disasarkan dalam Pelan Strategik JPPKK 2018-2025.
6 OGOS 2024 (SELASA)
PERTANDINGAN POLYCCOM’24
8.00 pagi : Pendaftaran peserta POLYCCOM’24
8.30 pagi : Sesi 1 pembentangan selari POLYCCOM’24
: Rehat
2.00 petang : Sesi 2 pembentangan selari POLYCCOM’24
5.00 petang : Sesi pembentangan tamat
PAMERAN & AKTIVITI KEUSAHAWANAN
9.00 pagi – 4.30 petang : Pameran Komersial & Jualan Keusahawanan
7 OGOS 2024 (RABU)
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP POLYCCOM’24
8.30 pagi : Ketibaan tetamu jemputan
9.30 pagi : Ketibaan YBrs. Ts. Haji Muhamad Rumzi bin Mamat,
Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan), JPPKK
: Aluan pengacara majlis
: Nyanyian lagu
• Negaraku
• Lagu kebesaran Negeri Sembilan
• Lagu rasmi POLYCC
: Bacaan doa
: Ucapan Aluan Pengarah Kolej Komuniti Jelebu
: Ucapan Perasmian Penutup oleh Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan), JPPKK
: Pelancaran perasmian penutup POLYCCOM’24
: Penyampaian ulasan ketua juri
: Penyampaian anugerah POLYCCOM’24
: Penyampaian cenderahati penghargaan juri
12.30 tengah hari : Majlis bersurai
1. Mengetengah serta menterjemahkan pembinaan imej baharu bagi produk dan perkhidmatan pengkomersialan politeknik dan kolej komuniti ke peringkat global
2. Mengiktiraf dan menyokong peranan warga dalam perlaksanaan aktiviti pengkomersialan dengan penghasilan produk dan perkhidmatan komersial
Iklan Permohonan : 15 MEI 2024
Tarikh Tutup Permohonan : 16 JUN 2024
Penghantaran Laporan Akhir : 16 JULAI 2024
Pembentangan : 6 OGOS 2024
Penutup & Penyampaian Hadiah : 7 OGOS 2024
1. Pertandingan terbuka kepada semua staf Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia.
2. Produk inovasi telah menyertai pertandingan di mana-mana peringkat / mendapat anugerah dana komersial/ dipasarkan.
3. Telah mendaftar harta intelek (MyIPO) dalam mana-mana kategori berkaitan.
4. Ahli kumpulan dalam setiap penyertaan tidak melebihi 3 orang.
5. Penyertaan adalah PERCUMA & tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.
1. Setiap penyertaan hendaklah mengisi borang melalui pautan kod QR.
2. Maklumat-maklumat berikut adalah penting untuk dimasukkan di dalam borang permohonan
i. Nama institusi dan alamat, tajuk projek, nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan alamat emel setiap peserta.
ii. Ringkasan Eksekutif bagi produk.
iii. Kategori Produk
3. Setiap penyertaan perlu menghantar 1 Laporan Akhir dan membuat pembentangan di POLYCCOM (secara bersemuka) menggunakan mod Poster Presentation.
4. Laporan akhir dan poster perlulah dilabel dengan ID Peserta yang diberikan semasa maklumbalas permohonan.
5. Peserta tidak dibenarkan membuat apa-apa perubahan terhadap nama kumpulan, maklumat ahli, tajuk dan kategori produk selepas ID Peserta di keluarkan.
Peralatan, Mesin, Pembinaan & Bahan
Elektrik & Elektronik
Multimedia & ICT
IoT, IR4.0 & AI
Teknologi Makanan
Rekabentuk, Seni & Kreatif
Pengajaran & Pembelajaran
Produk Hijau, Pertanian & Alam Sekitar
Penjagaan Kesihatan & Kecantikan
1. Setiap penyertaan akan memperolehi hadiah-hadiah bagi seperti berikut:
1 Sijil Penyertaan
1 Sijil Anugerah
1 Medal/Plak
2. Anugerah pencapaian adalah seperti berikut:
1. ANUGERAH TERBAIK KATEGORI
2. ANUGERAH PENGKOMERSIALAN TERBAIK
3. JUARA KESELURUHAN
Syarat permohonan:
1. Pernah memenangi sekurang-kurangnya TIGA (3) anugerah pertandingan inovasi peringkat antarabangsa/ kebangsaan / negeri.
3. Pernah sekurang-kurangnya SATU (1) tahun pengalaman di industri (untuk pemohon industri).
4. Tidak menyertai pertandingan POLYCCOM ’24 sebagai ketua atau ahli kumpulan.
Cara memohon:
Calon juri boleh memohon pada butang di bawah atau di pautan https://shorturl.at/TzJKP sebelum atau pada 16 Julai 2024. Permohonan yang Berjaya akan dihubungi oleh Jawatankuasa POLYCCOM ‘24.