[ SIS ]
Smart Inventory System
"tiada lagi masalah inventory"
"tiada lagi masalah inventory"
Inventori merupakan senarai barangan atau peralatan yang terdapat di dalam sesuatu ruang. Bagi mengenalpasti sesuatu barangan atau peralatan, senarai inventori di perlukan bagi memudahkan pencarian. Mengikut cara konvensional sistem inventori di buat di dalam bentuk carta dan akan di paparkan pada sesuatu tempat dan ruang.
Melalui sistem 'Smart Inventory System' senarai barangan dan peralatan akan di kemaskini menggunakan perisian Google Sheets dan dipaparkan secara atas talian menggunakan perisian Google Data Studio. Ini sekaligus memudahkan proses pemantauan oleh penyelia. Selain dari itu, sistem ini akan diuji lari (test run) di Makmal dan Bengkel Teknologi Elektrik, Kolej Komuniti Jelebu. Sistem ini memudahkan pemantauan penggunaan peralatan terutamanya dalam penggunaan amali pelajar.
Kata kunci : keberkesanan , inventori , perisian
“Smart Inventory System” merupakan satu Sistem Pengurusan Inventori di dalam makmal dan bengkel. Sistem ini di bangunkan dengan menggunakan perisian “Google Sheets” dan paparan antaramuka menggunakan perisian “Google Data Studio”. Dengan penghasilan produk ini sekaligus dapat mengemaskini barangan dan komponen yang terdapat di dalam makmal dan mengoptimakan penggunaan barangan dan komponen di dalam makmal. Di samping itu kawalan penggunaan barangan dan komponen dapat di kemaskini dengan pelajar mengisi borang penggunaan barangan dan komponen dan pelajar akan memulangkan semula setelah semester PdP berakhir. Ia memudahkan Pensyarah serta Penyelaras Bengkel/Makmal dalam mengemaskini segala barangan dan komponen yang terdapat di dalam Bengkel & Makmal
Menggunakan sepenuhnya sistem online dengan merekodkan barangan dan komponen menggunakan perisian “Google Sheets” . Memudahkan pelajar menggunakan barangan & komponen di bengkel / makmal iaitu dengan mengisi borang permohonan peminjaman barangan secara online menggunakan “Google Documents”. Segala paparan antaramuka juga di bangukan secara online menggunakan “Google Data Studio”
Dengan menggunakan 100% secara online memudahkan pensyarah staf atau pelajar membuat semakan status barangan & komponen dengan pantas. Segala analisa & keadaan barangan & komponen boleh di muat turun di dalam sistem ini serta memudahkan proses audit dan pemeriksaan inventori dan aset. Sistem ini mesra pengguna dan dapat di akses di mana-mana.
Antara masalah yang di hadapi di dalam pengurusan inventori makmal dan bengkel ini adalah bilangan komponen yang terdapat di dalam bengkel dan komponen dan peralatan yang rosak sukar untuk di asingkan. Di samping itu untuk sistem konvensional memerlukan kertas dan pen untuk merekod jumlah dan akan di letakkan di dalam fail.