SEKOLAH INTEGRASI RENDAH AGAMA JAWI

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN (SIRAJ SUBA)

(WPE012,WP505)

BANDAR TUN RAZAK, CHERAS, 56000 KUALA LUMPUR

NO TELEFON : 03-91730230 EMAIL : wpe012@jawi.gov.my

siraj saidina uthman bin affan

(SIRAJ SUBA)

"seharusnya ilmu tidak menjadikanmu sombong"

quote by : Ash Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani Rahimahullah

latar belakang siraj suba

Sekolah Integrasi Rendah Agama Jawi Saidina Uthman bin Affan atau lebih dikenali dengan SIRAJ SUBA merupakan sekolah integrasi yang mempunyai 2 kurikulum KSRA Kurikulum Sekolah Rendah Agama dan KSSR Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Pada asalnya dahulu sekolah ini hanya menggunakan 1 kurikulum iaitu KSRA. Bermula pada tahun 2016 Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah menubuhkan 2 buah sekolah integrasi rendah yang pertama di Wilayah Persekutuan dibawah kelolaan JAWI iaitu SIRAJ Saidina Uthman bin Affan yang terletak di Bandar Tun Razak bersebelahan dengan Masjid Saidina Uthman b Affan dan Sekolah Menengah Sains Tahfiz; sekolah integrasi yang kedua ialah SIRAJ AL-Alusi yang terletak di Keramat. Tahun demi tahun SIRAJ telah bertambah dan setakat tahun 2020 sudah mempunyai 5 buah sekolah.

Di awal penubuhan sekolah pada tahun 2016 sekolah ini mempunyai 6 buah kelas tahun 1 yang mempunyai seramai 210 orang murid. Kini pada tahun 2020 SIRAJ SUBA telah mempunyai 663 orang murid tahun 1 hingga tahun 5 manakala 163 lagi adalah murid tahun 6 SRA. Seperti sekolah SIRAJ yang lain SIRAJ SUBA menggunakan 2 kurikulum dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran iaitu KSSR dari Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) manakala KSRA dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Pada keseluruhannya apabila melihat pada jumlah murid dan guru yang sentiasa bertambah tahun demi tahun pihak pengurusan sekolah ingin membuat pengubahsuaian dalam bangunan sekolah iaitu ruang pentadbiran, ruang bilik guru, ruang makmal komputer, ruang bengkel reka bentuk dan teknologi, dan dewan mini untuk menampung keperluan murid,guru dan PDPC selaras dengan kurikulum KSSR dan KSRA dalam membina suasana PDPC terapeutik yang sesuai untuk murid-murid. Segala penambahbaikan adalah penting untuk menyumbang kepada transformasi pendidikan dalam melahirkan modal insan yang gemilang dan terbilang untuk masa depan negara, agama dan bangsa di Malaysia.


PENGUMUMAN

UJIAN KEMASUKAN TAHUN 1 2021 KINI DIBUKA!

SILA AMBIL MAKLUM, TARIKH PERMOHONAN BERMULA

15 APRIL SEHINGGA 24 APRIL 2020.

Per: Permohonan Ujian Kelayakan Tahun 1 (UK1S) sesi Persekolahan Tahun 2021


1. IbuBapa/ penjaga PERLU membuat permohonan pendaftaran UK1S 2021 melalui SCAN QR CODE yang telah disediakan berbentuk Google Form


2. IbuBapa/ penjaga perlu MELENGKAPKAN SEGALA BUTIRAN di dalam Google Form tersebut menggunakan HURUF BESAR.


3. Sila SEMAK permohonan melalui Google Form sebelum menekan butang * SUBMIT*.


Sekian terima kasih

Maklumat Permohonan

Imam Hasan Al-Banna telah menyatakan :

“Kitab yang terletak di perpustakaan sedikit yang membacanya, tetapi seorang muslim sejati adalah ‘kitab terbuka’ yang semua orang membacanya. Ke mana sahaja ia pergi, ia adalah ‘dakwah yang bergerak.”






Aktiviti Sekolah