SIRAJ AL ALUSI

SEJArah penubuhan sekolah

Sekolah Rendah Agama Al-Alusi Kampung Datuk Keramat Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Harun bin Haji Idris Al-Haj S.M. Menteri Besar Selangor ketika itu pada 03 April 1969 bersamaan 16 Muharram 1389 di atas tanah seluas 1.2 ekar.

Apabila Wilayah Persekutuan ditubuhkan pada 1 Februari 1972, sekolah ini telah ditadbir sepenuhnya oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Pada tahun 1995, JAWI telah membina satu blok bangunan piawai empat tingkat dan telah dirasmikan oleh Drs. Sulaiman bin Muhamad selaku Timbalan Menteri Jabatan di Perdana Menteri ketika itu pada 23 September 1995.

Pada tahun 2003 pula, pihak JAWI telah membina bangunan tambahan satu blok empat tingkat. Bangunan baru ini telah sempurna dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Abdullah bin Mohamad Zain pada tahun 2007.

Pada tahun 2016, Sekolah Rendah Agama Datuk Keramat telah dipilih sebagai sekolah rintis JAWI dan dikenali sebagai Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI Al-Alusi atau SINKATANYA SIRAJ Al-Alusi. Kurikulum yang dijalankan merangkumi kurikulum Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Sekolah Agama (KSRA).

Kini, SIRAJ Al-Alusi mempunyai seramai 634 orang murid, 45 orang tenaga guru, seorang pembantu tadbir dan 3 orang pekerja am.

Aktiviti Tadarus Al-Quran

Sambutan Hari Merdeka

Sambutan Hari Guru

Ihtifal Akhir- Acara Nasyid

Majlis Watikah Perlantikan Pengawas

Acara MTQ-wakil acara nasyid

Khatam Tadarus

Sambutan Hari Wilayah

Pertandingan Kompang Selawat

Pertandingan Badminton Antara Siraj

Kem Kepimpinan Pengawas

Hari Taaruf Tahun 1

PENGUMUMAN PENTING

permohonan uk1s 2021 kini di buka!

Sila ambil maklum , tarikh permohonan bermula 15 April 2020 sehingga 24 APRIL 2020

LOKASI KAMI