Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM telah dilaksanakan semenjak tahun 2000 dengan seramai lebih 2000 orang graduan telah menamatkan pengajian di Darul Quran JAKIM Kuala Kubu Bharu dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Hanya untuk pelajar yang bercita-cita dalam bidang science-based, termasuk Engineering dan ICT.
Pelajar yang telah menamatkan pengajian di Darul Quran JAKIM selama 16 bulan dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan akan mengikuti pengajian di Pusat Asasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Portal ini dibangunkan oleh Seksyen Kemasukan, Biasiswa dan Graduasi (KBG) sebagai Sekretariat Pengambilan & Kemasukan Pelajar ke Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Sebarang makluman lanjut, boleh rujuk platform rasmi yang dikemukakan dalam portal ini.