Jabatan Pendidikan Holistik (JPH) berperanan membantu seluruh jabatan dan unit akademik di IPGMKSAH untuk melahirkan pelajar yang berpengetahuan luas dan berkemahiran dalam bidang pengajaran dan pembelajaran PdP. Ini kerana JPH bertanggungjawab dalam melaksanakan kursus-kursus Asas Pendidikan seperti Falsafah dan Pendidikan di Malaysia, Psikologi Pembelajaran, Sosiologi Dalam Pendidikan, Pentaksiran Dalam Pendidikan, Teknologi untuk Pengajaran dan Pembelajaran, Asas Profesionalisme Pendidikan, Profesional Keguruan dan sebagainya.. Penilaian terhadap PdP pelajar dilaksanakan melalui beberapa kaedah pentaksiran berterusan seperti kuiz, ujian, peperiksaan bertulis dan praktikum.
Umumnya pensyarah-pensyarah JPH terlibat dalam semua program pendidikan guru IPGM iaitu Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP), Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) dan Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO) serta lain-lain program-program yang dirancang oleh pengurusan IPGM atau KPM. Selain itu, JPH turut membantu agensi-agensi lain terutamanya sekolah kerajaan atau swasta dalam peningkatan profesionalisme keguruan melalui Pembangunan Profesional Berterusan (CPD).
JPH berhasrat menjadi sebuah jabatan yang mengendalikan kursus asas pendidikan kepada semua pelajar. Sehubungan itu, JPH telah menggariskan beberapa objektif untuk dicapai sepanjang tahun ini, iaitu:
Melahirkan bakal guru-guru yang dapat mewujudkan minat murid untuk menguasai pelbagai kemahiran bagi menghadapi cabaran masa kini dan mampu berperanan sebagai agen perubahan.
Mendidik bakal guru dan guru-guru dalam perkhidmatan dengan ilmu dan kemahiran Asas Pendidikan yang mantap.
Melatih bakal guru menjadi lebih peka terhadap keperluan PdP, meningkatkan keyakinan diri dan memupuk sikap positif untuk menempuh cabaran masa hadapan.
Melahirkan bakal guru yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
KPI 2024