Unit Pengurusan Akademik terdiri daripada Bahagian Rekabentuk dan Penyampaian Kurikulum dan Bahagian Jadual Waktu
Antara bidang tugas KUPA
Memantau semua aktiviti pengurusan akademik institut berdasarkan garis panduan IPGM, prosedur ISO 21001: 2018 EOMS dan MQA yang sedang berkuat kuasa.
Memantau dan menyelia semua aktiviti unit di JKA.
Memantau pengurusan proses reka bentuk dan penyampaian kurikulum.
Memantau penyediaan dan pelaksanaan Jadual Waktu.
BIDANG TUGAS UNIT
a) Reka Bentuk Kurikulum
Merancang dan melaksanakan pembangunan/ membuat pindaan struktur kurikulum
Merancang dan menyelaraskan pembangunan kurikulum.
Menguruskan proses penggubalan kurikulum di peringkat institut berdasarkan struktur kurikulum yang ditetapkan dan prosedur kerja terkini (selaras dengan keperluan MQA) serta ISO 21001:2018 EOMS yang terkini.
Menguruskan penyediaan dokumen sokongan pengajaran dan pembelajaran mengikut MK oleh Jabatan Akademik yang berkenaan.
b) Penataran Kurikulum
Merancang dan mengurus penyebaran dan pengorientasian pelaksanaan kurikulum yang telah digubal
Menyerahkan dokumen akademik (MK) kepada KJA.
Melaksanakan penataran kurikulum kepada semua IPGK yang terlibat.
c) Penyampaian Kurikulum
Menyelaraskan dan menguruskan pelaksanaan Bengkel Perancangan Kurikulum pada akhir semester sebagai persediaan dokumen kurikulum semester baharu.
Merancang dan melaksanakan semakan proses kerja penyampaian kurikulum, kokurikulum dan amalan profesional (PT-03).
Mendapatkan data kursus yang ditawarkan pada semester baharu daripada Ketua Unit Program Pengajian Akademik.
Mendapatkan unjuran agihan interaksi pensyarah melalui penyelaras Jadual Waktu Jabatan.
Menyediakan Jadual Waktu Induk berdasarkan unjuran agihan interaksi pensyarah.