Pertandingan Forum Piala Menteri Besar Perak telah bermula sejak tahun 2011 dan diteruskan pada setiap tahun sehingga ke tahun 2025. Penganjuran kali ini merupakan penganjuran kali yang ke-15. Pertandingan ini merupakan anjuran bersama-sama antara Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kerajaan Negeri Perak, Dewan Bahasa Pustaka Kuala Lumpur dan Dewan Bahasa Pustaka Wilayah Utara. Pada tahun ini pertandingan akan diadakan secara dalam talian dan secara bersemuka iaitu bermula pada 13 hingga 30 Oktober 2025.
Perkembangan bahasa di Malaysia telah menjadi satu landasan terbaik dalam menyampaikan maklumat dan informasi yang terkini kepada setiap pendengar. Perkara yang signifikan dalam menyampaikan sesuatu maklumat perlulah mempunyai satu tarikan dan gaya yang menarik untuk membantu dalam mengekspresikan sesuatu informasi. Bertepatan dengan dunia kini yang bergerak maju, telah menyebabkan masyarakat bijak memilih ruang dan sudut informasi sebagai bahan rujukan harian. Justeru, belia pada masa kini perlu didedahkan dengan pelbagai pengalaman dan pengetahuan dalam mengeksplorasi segala maklumat agar maklumat dapat disampaikan semula kepada masyarakat dengan interaktif dan lebih berkesan.
Oleh itu, penganjuran forum ini bertujuan untuk menggilap bakat generasi muda dalam melaksanakan suatu wawancara bersifat informatif dan mampu menarik minat pendengar dalam menelusur topik yang dibincangkan. Elemen kreatif dan kritis juga dibentuk untuk menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih berkesan dan menarik.
Hal ini demikian, amat sejajar dengan saranan kerajaan yang ingin melahirkan guru yang cemerlang dan terbaik dalam menghadapi dunia yang kian mencabar khususnya di era kecerdasan pelbagai (AI) ini maka penganjuran pertandingan ini memberi peluang kepada pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), universiti-universiti awam (UA) dan universiti-universiti swasta (US). Kolej-kolej awam dan swasta juga berkumpul untuk berdiskusi bagi meningkatkan penguasaan dan keupayaan berkomunikasi dalam bahasa Melayu.
Memantapkan jati diri pelajar melalui pemerkasaan bahasa kebangsaan.
Meningkatkan jalinan kerjasama dengan pihak luar dalam penerokaan ilmu bagi menghadapi cabaran globalisasi.Meningkatkan pemahaman dan kesedaran mahasiswa tentang elemen-elemen forum dalam perbincangan akademik.
Menyediakan landasan kepada mahasiswa yang kompeten dan memiliki kemahiran abad ke-21 yang antaranya ialah kemahiran berkomunikasi, kemahiran berfikir, dan kemahiran interpersonal.
Meningkatkan kemahiran berkomunikasi mahasiswa dalam isu-isu bahasa.
Penganjuran Pertandingan Forum Piala Menteri Besar Perak Kali Ke-15 Peringkat Kebangsaan 2025 ini diharapkan dapat mencapai hasrat untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Semoga pertandingan ini berjaya mencapai objektif dan merealisasikan matlamat dalam melahirkan generasi berpendidikan pada masa hadapan yang na dan peka dalam segala isu dan kaya dengan pengetahuan dan informasi berkesan.