PENGENALAN
Persidangan Kebangsaan Pedagogi Dan Pendidikan Guru (PedaTEd) adalah sebuah persidangan berkaitan bidang pendidikan guru yang dianjurkan secara kolaboratif antara IPG kampus mengikut zon bermula pada tahun 2024. PedaTEd merupakan satu platform yang menghimpunkan para pendidik dan cendiakawan untuk berkongsi maklumat serta pendapat melalui dapatan yang diperolehi dari penyelidikan dan penghasilan inovasi.
PedaTEd Zon Tengah terdiri daripada 5 kampus iaitu Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) sebagai penganjur utama, diikuti dengan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa (IPGKBA), Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK), Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam (IPGKPI) dan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh(IPGKI) sebagai penganjur bersama.
PERTANDINGAN POSTER DIGITAL
Anjuran Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa
Pertandingan Poster Digital merupakan acara pameran secara digital bahan buku, bahan pengajaran / inovasi dan penyelidikan dipersembahkan dalam bentuk poster.
Tujuan Pertandingan Poster Digital adalah untuk mengkomersial, mempromosi, memasyhurkan serta menyebarluas buku, bahan pengajaran / inovasi atau penyelidikan yang dihasilkan oleh warga pendidik.
TEMA
Transformasi Pendidikan Guru:
Inklusiviti Diperkasa, KBAT Dipacu
SUB-TEMA
Pendidikan Digital Perdana dan Inklusif Berimpak Tinggi
Pembangunan Karakter dan Nilai dalam Pendidikan Guru
Profesionalisme Guru Abad ke-21 Berteraskan KBAT
Jaringan Kolaboratif Komuniti dan Global dalam Pendidikan Perdana dan Inklusif
Inovasi dan Penyelidikan Pendidikan Berasaskan Amalan Terbaik Abad ke 21
Pentaksiran Autentik dalam Pendidikan Perdana dan Inklusif
Pendidikan Bersepadu untuk Pembangunan Holistik Murid.
Pedagogi dan Kurikulum Perdana dan Inklusif Berteraskan KBAT
TARIKH-TARIKH PENTING
15 April 2026 - 10 Jun 2026 (Tarikh Lanjutan) : Penghantaran Penyertaan
22 - 27 Jun 2026 : Penjurian Peringkat Saringan
15 -27 Julai 2026 : Penjurian Peringkat Akhir
18 -19 Ogos 2026 : Hari kemuncak PedaTEd 2026
SYARAT PENYERTAAN
Terbuka kepada semua warga IPG Zon Tengah, IPTA, IPTS, guru serta pelajar sekolah.
Setiap institusi atau sekolah boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan.
Penyertaan adalah secara individu atau berkumpulan yang tidak lebih daripada 3 orang ahli.
Poster perlu bertemakan "Pendidikan Digital Pemangkin Generasi Madani" atau mengikuti salah satu sub-tema di atas.
Penyertaan adalah percuma.
KATEGORI
> Kategori A - Pensyarah
> Kategori B - Pelajar IPG
> Kategori C - Terbuka (Warga KPM/ Pensyarah Universiti, Pelajar Siswazah)
SPESIFIKASI POSTER
Poster yang dihasilkan hendaklah dalam bentuk digital sahaja.
Poster yang dihasilkan mempamerkan tentang satu daripada berikut:
a) penghasilan buku,
b) penghasilan bahan mengajar / inovasi, atau
c) penghasilan penyelidikan.
Buku, bahan pengajaran / inovasi atau penyelidikan yang dipertandingkan mestilah diterbitkan dalam tempoh 2023 hingga 2026 sahaja.
Poster yang dihasilkan merupakan karya asli peserta dan belum dipertandingkan dalam mana-mana pertandingan poster di dalam atau luar negara.
Setiap penyertaan perlu menyertakan poster dalam bentuk soft copy dalam format .pdf dan imej JPEG atau PNG sahaja.
Setiap poster perlu berukuran kertas A1: 23.4 x 33.1 inci dan tidak melebihi 10 MB.
Penyertaan hendaklah menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja.
PENDAFTARAN DAN PENGHANTARAN POSTER
Isi maklumat penyertaan dalam Google Form yang disediakan dibawah.
KRITERIA PENJURIAN
Keseluruhan poster digital akan dinilai mengikut kriteria pemarkahan seperti berikut:
Poster (100%)
a. Tema - Poster dihasilkan mengikut tema yang telah ditetapkan.
b. Kreativiti - Poster memiliki ciri-ciri kreatif dan menarik dari segi paparan dan reka bentuk. Menggunakan unsur digital yang sesuai dan terkini. Mempunyai ayat pencetus pemikiran. Penggunaan imej yang menunjukkan kelebihan buku, inovasi atau penyelidikan.
c. Maklumat - Poster yang dihasilkan memiliki idea yang asli dan unik serta kandungan yang jelas, mudah difahami dan padat.
d. Kelebihan - Menyatakan kelebihan/impak buku, inovasi atau penyelidikan kepada pengguna dan berdaya saing.
*Keputusan juri adalah muktamad*
*Penafian/Disclaimer*
Pihak penganjur tidak bertanggungjawab untuk menanggung sebarang kos ataupun kerugian yang ditanggung oleh peserta sepanjang pertandingan berlangsung.
Urus setia berhak menolak penyertaan yang melanggar terma dan syarat penyertaan.
Urus setia tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan dengan karya ataupun penyertaan oleh mana-mana pihak yang berkenaan.
Urus setia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tuntutan akibat pelanggaran hasil hak cipta.
Poster yang dihasilkan adalah manifestasi kreativiti peserta yang mengandungi nilai-nilai murni, tidak menyentuh sensitiviti kaum, budaya, agama serta tidak menghina pemimpin dan individu.