Perpustakaan ILKKM Johor Bahru adalah sebuah perustakaan perubatan yang bertanggungjawab untuk mendokumentasi dan memelihara koleksi utama iaitu berkaitan perubatan dan bukan perubatan untuk dijadikan sebagai sumber rujukan dan penyelidikan pengguna perpustakaan.
Koleksi-koleksi ini disusun mengikut sistem pengkelasan National Library of Medicine Classification (NLM).
Koleksi ini adalah terdiri daripada koleksi kajian pelatih akhir semester mengikut tajuk tertentu. Pengguna perlu mengimbas QR Code yang telah disediakan.
Bahan perpustakaan ini diletakkan di Kaunter Rujukan dan hanya boleh dirujuk di dalam perpustakaan sahaja.
Koleksi Monograf merupakan koleksi bahan dalam dan luar negara merangkumi bahan fiksyen dan bukan fiksyen seperti buku, ensaiklopedia, kamus, panduan, bibliografi dan kertas persidangan.
Koleksi monograf meliputi semua bidang seperti Karya Am, Falsafah, Agama, Sains Sosial, Bahasa, Sains Jati, Teknologi, Sains Gunaan, Keseniaan, Kesusasteraan, Geografi dan Sejarah. Koleksi-koleksi ini disusun mengikut Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey (DDC).