Bilik Multimedia yang boleh memuatkan 50 orang pengguna ini terdapat di Aras 1. Pengguna perlu mengisi google form untuk penggunaan.
Terdapat dua (2) buah bilik perbincangan disediakan. Bilik ini boleh memuatkan 10 orang. Ia terletak di Aras 1 & 2 perpustakaan. Pengguna perlu mengisi google form untuk penggunaan.
Meja Karel yang disediakan di perpustakaan memberi pilihan kepada para pengguna yang memilih untuk mengulangkaji atau membuat tugasan secara individu dan peribadi.
Pelanggan boleh menggunakan mesin pencetak layan diri yang disediakan oleh perpustakaan. Pengguna boleh mencetak atau membuat salinan bahan dengan caj yang berpatutan.
Perpustakaan menyediakan kemudahan mesin pengimbas (scanner) untuk kegunaan pengguna yang memerlukan salinan digital bahan rujukan.
Perpustakaan menyediakan perkhidmatan dan peralatan menjilid untuk membantu pengguna menyusun dan menjilid dokumen atau bahan bercetak.
Capaian Wi-Fi disediakan di semua aras perpustakaan,
Perpustakaan menyediakan Ruang Santai untuk pengguna berehat selepas membaca atau belajar.
Para pengguna boleh menggunakan kemudahan ini bagi menyimpan barang. Pengguna diingatkan supaya tidak menyimpan barang-barang berharga di peti bagasi. Pihak perpustakaan tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan atau kerosakan barang.
Perpustakaan menyediakan kemudahan penggunaan headphone untuk menyokong keperluan audio pengguna.