PROGRAM KEPIMPINAN PENDIDIKAN ISLAM (PKPI) NEGERI SARAWAK SIRI 1

pada

16-17 Oktober 2019

bertempat di

Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak

Sekolah Menengah Kebangsaan Bako, Kuching

Anjuran

Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sarawak

Sektor Pendidikan Islam JPN Sarawak

Sekolah Menengah Kebangsaan Bako



Program Kepimpinan Pendidikan Islam Negeri Sarawak ini dicadangkan oleh Yang Berusaha Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak semasa kunjungan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ke institut berkenaan pada 17 April 2019.

Tujuan utama program ini adalah bagi menjadikan semua Guru-Guru Pendidikan Islam di seluruh Negeri Sarawak sebagai Daie ataupun Pendakwah yang bukannya hanya mengajar untuk semua pelajarnya untuk lulus peperiksaan semata-mata tetapi juga, mempunyai matlamat untuk melahirkan khaira ummah termasuk juga kepada masyarakat di sekeliling mereka. Beliau menekankan agar program ini diadakan secara kerjasama strategik diantara Institut Aminuddin Baki (IAB), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

Justeru itu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mencadangkan agar diadakan beberapa siri perbincangan atau mesyuarat khusus bagi membincangkan pelaksanaan program ini.


OBJEKTIF PROGRAM

1.1 Perkaderan dakwah dikalangan Guru-Guru Pendidikan Islam sebagai Sukarelawan Dakwah.

1.2 Pemantapan pengamalan Islam dikalangan murid/pelajar di sekolah rendah dan menengah.

1.3 Peluasan Dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ke seluruh Negeri Sarawak.


SASARAN PESERTA

Para peserta adalah dari kalangan Guru-Guru Pendidikan Islam disemua sekolah rendah dan menengah di seluruh Negeri Sarawak secara bersiri mengikut kesesuaian.

Tentatif PKSI Siri 1 2019

Tentatif PKSI Siri 1