SEKILAS PANDANG
Laman AuMaS merupakan Laman Sistem Pengurusan Audit (SPA) Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak. 'Au' bermaksud Audit, 'Ma' bermaksud Management (Pengurusan) dan 'S' merujuk kepada System (Sistem).
Laman AuMaS memaparkan maklumat berkaitan Audit Dalaman, Audit Silang dan Audit Pihak Ketiga termasuk pautan kepada e-Mesra Kualiti IABCSWK 2.0 serta Dokumen Kualiti IAB seperti Manual Kualiti, Prosedur Kerja Sistem (PKSI), Prosedur Kerja Operasi (PKOP), Prosedur Kerja Sokongan (PKSO), Arahan Kerja (AK) dan Borang Kualiti (BK). Ia akan memudahkan penyebaran maklumat berkaitan Dokumen Pengurusan Audit seperti Memo, Pelan Audit, Senarai Juru Audit serta proses muatnaik Borang Kualiti selepas pengauditan dilaksanakan. Pengguna akan mendapat maklumat secara mudah dan pantas hanya dengan klik pada maklumat yang diperlukan. Keselamatan dan pengawalan dokumen kualiti juga akan lebih terjamin. Paparan maklumat berkaitan Audit Dalaman, Audit Silang dan Audit Pihak Ketiga pada laman web ini menunjukkan kitaran PDCA Sistem Pengurusan Kualiti IAB.
Di samping itu, Laman AuMaS juga menyediakan maklumat berkaitan video, artikel dan pekeliling berkaitan juga dimuat naik dari semasa ke semasa sebagai rujukan dan panduan terkini.
Oleh itu, Laman AuMaS merupakan satu wahana untuk memaparkan pengurusan kualiti menyeluruh (TQM) IABCSWK.
LAMAN PERKONGSIAN
AuMaS 2.0
HAKCIPTA TERPELIHARA: IAB CAWANGAN SARAWAK 2024 ©
CRAR2023Q02788
HAKCIPTA TERPELIHARA: IAB CAWANGAN SARAWAK 2023 ©
CRAR2023Q02788