Upcoming Events

Jemputan S1ngles Workshop untuk wanita

Bulan lepas, kami telah menganjurkan Focus Group Discussion untuk memahami dengan dalam keperluan dan rintangan bagi seorang wanita mencari kasih yang Halal.

Kami faham perasaan macam susah sangat nak cari suami yang sesuai.

Banyak perasaan yang blockkan seorang wanita dari mencari pasangan idaman. Antaranya,

"Dulu pernah bercouple bertahun tapi tak jadi. Dia gi kawin org lain pulak"

"Nak start balik dating tapi umur makin muda"

"Rasa macam scary lah pulak dengan hanky-panky manusia zaman sekarang ni".

"Dah jumpa tapi malu nak luahkan rasa hati"

"Dah jumpa tapi si lelaki tu muda sangat. Anak ikan je yang ada"

Macam macam halangan yang kita fikirkan. Malu biar bertempat. Wanita memang sinonim dengan perasaan pemalu dan lemah-lembut. Memang itulah fitrah yang Tuhan berikan. Namun, adalah salah jika perasaan malu itu memakan diri sendiri hingga menghalang dari membuat kebaikan.

Islam tidak menghalang wanita mencari cinta suci. Malah agama kita menggalakkan wanita mencari cinta dengan memberikan cara Syariat mencari cinta yang Halal.

Kalau cara kita sembrono, sembrono lah suami kita. Nak cari suami yang beriman ada adab dan ilmunya. Allah tidak akan menzalimi hambaNya yang bertaqwa mencari jodoh sekufu imannya.


"Khadijah RA seorang ibu tunggal yang jauh lebih tua,

melamar Nabi Muhammad SAW."


Zuhri, founder dan CEO Halal Speed Dating bersama Azarul, Founder dan CEO Men That Cares mengformulasi sebuah workshop.

Antara elemen yang kami akan sampaikan adalah;

  • Langkah mencari pasangan idaman Sekufu dengan cara Halal.
  • Langkah menjadi pasangan idaman zaman sekarang.
  • Hilangkan rasa malu untuk berkahwin.
  • Let It Go - Kisah lama jangan dikenang.
  • Komunikasi Bahasa Cinta.
  • Memahami Jodoh & Takdir.

Jika objektf sis adalah salah satu diatas,

anggap sis wajib join sebab kita wajib berikhtiar untuk membesarkan ummah kita dan berkejar kepada kebaikan.


Workshop kami bukan jenis Sifu bercakap, anak murid dengar je.

Style kami banyak pergerakan, exercise. Orang utara kata, Kinesthetic learning.

Jadi tolong pakai pakaian selesa macam Muslimah style nak pergi gym.

Get ready to laugh a lot also.


Jemput hadir S1ngles Workshop pada salah satu tarikh dibawah


Pilih Tarikh :9 / 10 /16 /17 Disember 2017

Waktu : 9pagi - 5 petang

Lokasi : Tingkat 7-03, Menara Arina Uniti, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, (Kampung Bahru) Kuala Lumpur

Yuran : RM 100

Bank in Maybank Islamic Number : 5699 5406 1572 (Give & Gain Sdn. Bhd. )


Pilih satu tarikh sahaja. Tapi kalau nak datang empat kali pun boleh sebab setiap workshop mempunyai dinamik learning technique dan mempunyai kelainan.