Pertandingan ini membuka peluang penyertaan kepada kakitangan dan pelajar dari pelbagai institusi pengajian tinggi yang berminat malah menjemput peserta daripada peringkat antarabangsa. Tema bagi VICE kali ini ialah: Inovasi Pencetus, Aspirasi Madani. VICE 2024 akan dilaksanakan secara hybrid di mana pembentangan video beserta pengumuman pemenang anugerah akan akan dilaksanakan secara dalam talian. Kaedah ini dijangka dapat menjimatkan masa dan menjadikan proses penjurian lebih konsisten.
VICE adalah acara tahunan yang diadakan bagi memberi peluang kepada semua yang berminat khususnya kepada warga KPTM Bangi bagi membentangkan idea inovasi dalam proses kerja pentadbiran, pengajaran pembelajaran dan sebagainya. Ini merupakan tahun kelima pertandingan inovasi diadakan secara virtual, bertujuan dapat merubah dan memperkenalkan cara baru yang lebih cekap dan berkesan serta menghasilkan output dan outcome yang lebih baik samada dalam dunia pentadbiran mahupun dalam dunia pendidikan.