myVCC
Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu
Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu
myVCC merupakan satu kemudahan kepada orang awam untuk mendapatkan perkhidmatan/ urusan tanpa keperluan untuk hadir secara fizikal ke Mahkamah Syariah Terengganu.
Melalui platform ini, orang ramai boleh mengemukakan pertanyaan, aduan atau permohonan khidmat nasihat berkaitan tatacara pemfailan kes syariah, serta isu-isu berkaitan undang-undang syariah yang berada dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah Terengganu.
Setiap pertanyaan yang dikemukakan akan diteliti dan dijawab secara langsung oleh pegawai yang bertugas melalui platfom Google Meet. Pemohon digalakkan untuk mempunyai akaun e-mel yang aktif bagi memudahkan pemakluman notifikasi pautan myVCC.
Jabatan ini komited untuk memberikan perkhidmatan yang cekap, telus dan mesra pelanggan selaras dengan usaha memperkasakan penyampaian perkhidmatan kehakiman syariah kepada masyarakat.