PROFIL

Sejarah JAPIM Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) telah ditubuhkan pada tahun 1992. Pada mulanya, JAPIM dikenali sebagai Unit Pendidikan Islam dan Moral. Pada tahun 2000, Unit Pendidikan Islam dan Moral telah dinaikkan taraf kepada Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Jabatan ini terletak di aras 2 Blok C bilik C201. Ia menempatkan pensyarah-pensyarah yang mempunyai pelbagai kepakaran dan bertanggungjawab terhadap Unit Pendidikan Islam & Unit Tamadun, Unit Bahasa Arab dan Unit Pendidikan Moral. Lokasi Jabatan ini terletak di aras 2 Blok C bilik C201. Latar Belakang JAPIM Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) merupakan salah satu jabatan di Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun. Jabatan ini berperanan melahirkan guru yang berakhlak mulia dan berketerampilan. Oleh itu jabatan ini bertanggungjawab menyampaikan ilmu, mendidik, membentuk dan memupuk penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Ilmu-ilmu tersebut meliputi Pendidikan Islam, Bahasa Arab, Tamadun Islam, Pendidikan Al-Quran, Al-Hadith dan lain-lain.