SKBBP KE ARAH PENGURUSAN PAPERLESS
SKBBP KE ARAH PENGURUSAN PAPERLESS
Penggunaan kertas yang minima
- Namun demikian, istilah pengurusan 'paperless' di peringkat sekolah masih tidak menyeluruh. Ini adalah kerana ianya tidak digunakan secara sepenuhnya lagi di peringkat kementerian.PERKONGSIAN PEMBINAAN GOOGLE SITE YANG RINGKAS UNTUK LAMAN PEMBELAJARAN. MERANGKUMI NOTA, GAMBAR, DAN LATIHAN - LATIHAN. JANGAN LUPA UNTUK LIKE DAN SUBSCRIBE YOUTUBE CHANNEL EDIDIK MALAYSIA.
Bagaimana cara perlaksanaannya
PENYIMPANAN DATA SECARA DIGITAL (KEMUDAHAN GOOGLE DRIVE)
- perlu satu sistem yang sistematik
- pengurusan fail / folder yang bijak
- dan semua fail disimpan secara digital
SISTEM 'SMART CENTRE' merupakan inovasi sekolah pada tahun 2014 untuk pertandingan PSS Cemerlang. Ketika itu, ianya hanya tempat himpunan data yang kecil dan mudah sahaja serta ianya OFFLINE.
Alhamdullillah pada tahun 2017 ianya berjaya di "online' kan dan telah ditambahbaik untuk pengurusan sekolah yang lebih berkesan dan sistematik. Ketika ini, pengurusan sekolah online menggunakan kemudahan FROG VLE SEPENUHNYA. Ketika ini, interface FROG VLE digunakan sepenuhnya untuk embed google slide yang merupakan pemudahcara setiap unit dan semua data menggunakan kemudahan Google sheet, google doc dan google slide. Namun demikian, selari dengan perkembangan semasa,
PADA BULAN JULAI 2019, SMART CENTRE SKBBP TELAH BERUBAH SEPENUHNYA MENGGUNAKAN KEMUDAHAN APLIKASI GOOGLE. LAMAN RASMI SEKOLAH TELAH DIBINA SEPENUHNYA MENGGUNAKAN GOOGLE SITE DAN GURU - GURU HANYA PERLU LOGIN MENGGUNAKAN AKAUN MASING - MASING DAN TERUSKAN MELAKUKAN TUGASAN HARIAN SEKOLAH SECARA ONLINE. Kebetulan semua kemudahan telah menggunakan kemudahan aplikasi google sepenuhnya sebelum ini, maka perubahan laman rasmi sekolah menggunakan Google site tidaklah terlalu membebankan. SEMUA PENGURUSAN SEKOLAH MELIBATKAN
1. PENGURUSAN
2. KURIKULUM
3. HAL EHWAL MURID
4. KOKURIKULUM
DILAKUKAN SECARA ONLINE.
SMART CENTRE SKBBP telah menyertai pertandingan INOVASI PERINGKAT NEGERI KATEGORI PERKHIDMATAN DAN BERJAYA MENDAPAT PINGAT PERAK.
BERMULA PADA TAHUN 2020, SEMUA PENGURUSAN DIGITAL TELAH BERPINDAH SEPENUHNYA MENGGUNAKAN AKAUN DELIMa YANG DIBEKALKAN OLEH KPM. SETIAP SEKOLAH TELAH DIBERIKAN 8 AKAUN DELIMa YANG BERFUNGSI SEBAGAI ADMIN.
LAMAN
UPACARA
GURU DATA
PK PENTADBIRAN
PK HAL EHWAL MURID
PK KOKURIKULUM
UNIT ICT SKBBP TELAH MENGAMBIL INISIATIF UNTUK MENGAKTIFKAN AKAUN KE 7 SEBAGAI AKAUN PANITIA DAN AKAUN KE 8 SEBAGAI KOLEKSI ALBUM SEKOLAH.
INOVASI
KENAPA PERLU SISTEM 'SMART CENTRE"
ORGANISASI
- 1 unit sosial yang terdiri daripada beberapa kelompok pekerja yang bergantung antara satu sama lain untuk mencapai sesuatu objektif.
PENGURUSAN
- merupakan proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan menggunakan kesemua sumber untuk memenuhi objektif dan mencapai matlamat organisasi.
KEPENTINGAN PENGURUSAN
- untuk memastikan matlamat tercapai
- kelancaran sesuatu organisasi
- memastikan semua sumber digunakan sebaiknya
- sumber dan tenaga kerja diagih dengan teratur
- tiada pembaziran
APABILA SESUATU ORGANISASI DAPAT MENGENALPASTI KEPERLUAN, MATLAMAT DAPAT DITAKRIFKAN DENGAN TEPAT, MAKA STRATEGI PERLU DIREKA UNTUK MENCAPAI OBJEKTIF TERSEBUT.
Bagaimana caranya, ianya perlu mudah, MUDAH PADA
1. PENTADBIR
2. PELAKSANA
ianya juga perlu sistematik dan berfaedah serta tidak merugikan. maka "SMART CENTRE" SKBBP diwujudkan.
- semua pengurusan sekolah dihimpun didalam 1 sistem yang boleh diakses dari mana - mana sahaja.
KELEBIHAN
1. Pentadbir dapat memantau kerja pada bila - bila masa dan tidak kira dimana asalkan mempunyai talian internet.
2. Pentadbir memperoleh maklumat dengan mudah.
3. Guru - guru dapat melakukan tugasan dengan lebih mudah.
4. Guru - guru juga mudah mendapatkan maklumat untuk menyiapkan tugasan.
5. Mengurangkan aksi "kejar mengejar antara PENTADBIR dan GURU"
SILA KLIK ----> KAJIAN TINDAKAN UNTUK MELIHAT HASIL PENULISAN
SILA KLIK UNTUK PENULISAN AMALAN TERBAIK TS25