MASA: 11.00-12.00 Tengahari
1. Medium pelaksanaan: GABUNGAN OFF LINE DAN ON LINE- Telegram Voice Chat
2. SIla dengarkan bacaan surah al-Tin ini. Dengar berulangkali sambil ikut dengan bacaan tajwid yang betul.
2. Hafaz ayat 1-4. Kalau dapat hafaz semua lebih baik. Yang wajib ayat 1-4 sahaja
3. Tekan link voice chat yang ustazah kongsikan dalam group tele untuk tasmik hafazan. Ustazah amanahkan kepada kamu supaya jujur dan tidak melihat buku/al-Quran ketka tasmik ye...
4. Ustazah akan rekodkan sebagai pencapaian PBD anak-anak. Jadi... JOM HAFAZ SURAH AL-TIN ANAK-ANAK. Jangan niat kerana nak TP6 dalam PBD, tapi niat kerana ALLAH
MASA: 12.00-12.30 TENGAHARI
Medium pengajaran: OFF LINE
Tonton video yang diberikan.
Sila masukkan komen di bawah video ustazah dalam youtube sebagai bukti kamu telah menonton video tersebut. Contoh: Saya Ali faham apa yang ustazah sampaikan.
Jangan lupa like dan subscribed sekali ye.
Insha Allah, kuiz bagi tajuk ini akan diberikan pada minggu hadapan.
Medium pengajaran: OFF LINE
Buat latihan ulangkaji - perkataan pinjaman Bahasa Inggeris
Tidak perlu hantar markah kerana ustazah ada rekod markah kamu semua.
Latihan ini mengandungi 20 soalan berbentuk permainan. Buat latihan ini ketika kamu lapang.
Sila siapkan latihan ini sebelum sesi PdPR minggu hadapan.
Sepanjang PdPR ini, segala bentuk permainan pembelajaran jawi akan dinilai dan diberi hadiah. Insha Allah, 5 nama murid yang menggungguli carta akan menerima hadiah ketika sesi pembelajaran bersemuka kelak. Minggu ini adalah set 1.
Selamat mencuba
SET PERMAINAN JAWI 1
๐๐๐ PERHATIAN๐๐๐
๐งฎ semua tugasan di atas telah dimuat naik dalam portal pembelajaran : http://bit.ly/PI-T6
๐ Jika ada masalah, boleh PM ustazah ye
โฐ Jaga solat lima waktu dan mengaji di rumah. Jangan lupa baca surah al-Kahfi pada hari Jumaat. Moga kita semua terlindung dari fitnah dajjal