ADAB BELAJAR SECARA DALAM TALIAN
TAZKIRAH MINGGU INI
SENARAI SEMAK TUGASAN MURID
Mohon anak-anak cakna segala tugasan yang diberikan. Yang mana bertanda merah bermaksud anak-anak belum menyiapkan tugasan yang diberi. SIla rujuk Tugasan Minggu Lepas di bawah untuk melihat tugasan minggu sebelumnya. Setelah siap, sila maklum dan hantar pada ustazah.
TERIMA KASIH ATAS KEPRIHATINAN ANAK-ANAK SEMUA
MINGGU 34 - 14 OKTOBER 2021 (KHAMIS)
UNIT 7: KHAT NASAKH
MEDIUM: TELEGRAM/PORTAL PEMBELAJARAN
MASA: 12.00 - 1.30 TENGAH HARI
BUKU LATIHAN : PI (1)
Salin ayat mudah berdasarkan gambar di bawah. Murid yang mempunyai kemudahan mesin pencetak (printer) boleh mencetak dan jawab atas kertas tersebut kemudian tampal dalam buku latihan PI (1) PASTIKAN JAWAPAN KAMU DI TULIS MENGGUNAKAN PENSEL KHAT SERTA MENGGUNAKAN KHAT NASAKH.
Setelah siap, sila hantar kepada ustazah melalui telegram. Jangan bertangguh kerja. Siapkan dengan segera ya anak-anak.
MINGGU 34 - 13 OKTOBER 2021 (RABU)
UNIT 3: BIJAK BERKOMUNIKASI
BUKU TEKS M/S:174-177
MEDIUM: TELEGRAM/PORTAL PEMBELAJARAN
MASA: 10.00 - 11.30 PAGI
Tonton video yang diberikan melalui youtube. Sila like dan komen video yang kamu tonton dengan menyatakan nama penuh kamu.
Dalam video tersebut ada 3 soalan yang perlu kamu jawab. Kamu dikehendaki untuk PM telegram ustazah dan nyatakan jawapan kamu. Contoh:
1. .......
2. .........
3. ..........
Jawab latihan yang diberikan. Sila siapkan latihan ini selewat-lewatnya hari Selasa minggu hadapan.