Sumbangan Komuniti

Jom Beri Sumbangan kepada Penarik Beca Bagi Meneruskan Warisan Negara

e-Beca merupakan satu bentuk inovasi yang menggunakan sistem yang lebih efektif dengan kuasa solar dan elektrik. Dengan teknologi dan inovasi sedia ada, sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban para penarik beca terutama mereka yang kurang upaya. Apatah lagi, aktiviti tersebut merupakan mata pencarian utama bagi kebanyakan penarik beca.

Sampai bila mereka harus mengerahkan sekuat-kuatnya kudrat yang ada demi mencari sesuap nasi?

Berhempas pulas membawa penumpang di jalan berbukit bukau dengan cuaca yang tidak menentu, tentunya menyukarkan lagi beban sedia ada.

Setiap insan tidak mengenal bangsa dan agama diberikan ujian yang berbeza-beza. Biarpun sukar dan penuh ranjau, mereka perlu menanganinya dengan sebaik mungkin. Demi tanggungjawab dan sumber rezeki, mereka sanggup menghadapi seribu satu cabaran. Selagi kudrat dan kesihatan masih dikurniakan, mereka akan setia berkhidmat sebagai penarik beca.

Adalah menjadi harapan buat golongan seperti Pak Wan dan Kak Yati untuk dapat menikmati teknologi-teknologi terkini seperti dapat meringankan beban ketika membawa beca yang ditanggung selama ini, misalnya e-Beca.

Luka terdalam tak terlihat oleh mata. Kesedihan terdalam adalah yang tak terucapkan oleh kata-kata sudah cukup menggambarkan kesusahan yang dialami oleh insan yang kudrat tidak seberapa. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul,

Asal ada, kecil pun ada. Bantuan daripada masyarakat dan badan prihatin amatlah diperlukan. Bantuan anda akan disalurkan ke Tabung Amanah e-beca yang bertujuan meringankan beban golongan seperti Pak Wan dan Kak Yati.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, hulurkan tangan, ringankan beban.

Inovasi Memberi Manfaat kepada Komuniti









Kami diberi amanah bagi memperbaiki kualiti kehidupan golongan penarik beca seperti Pak Wan dan Kak Yati.

Justeru, kami amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas dari masyarakat yang ingin turut sama menyertai kami dalam membina kehidupan yang lebih bermakna kepada mereka. Untuk itu, kami memerlukan sumbangan ikhlas anda bagi membina sekurang-kurangnya dua buah beca elektrik di mana modal yang diperlukan untuk menghasilkan sebuah beca elektrik adalah sebanyak RM10000. Beca yang dihasilkan bakal dinaiktaraf daripada sebuah beca konvensional kepada sebuah beca berkuasa solar yang moden dan menarik serta masih mengekalkan ciri-ciri beca asli & tradisional negeri Melaka.

Mohon Sumbangan Ikhlas Anda

Sumbangan ikhlas anda bolehlah dibuat melalui Tabung Amanah e-Beca yang dikelolakan oleh bendahari universiti.

Anda boleh memilih salah satu daripada saluran berikut untuk menyalurkan sumbangan ikhlas anda:

1. Cek: Cek berpalang di atas nama:

Bendahari Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Sila tulis nama penuh anda, alamat dan nombor telefon

2. Auto Debit: Menerusi Bank Islam Internet Banking (untuk sumbangan potongan dari akaun Bank Islam)


3. Pemindahan Bank (Inter Bank Transfer): Akaun Bank Islam seperti di bawah

Penama Akaun: Bendahari Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Nama Bank: Bank Islam Malaysia Berhad

Nombor Akaun: 0404-2010-0008-33

(Semua sumbangan anda akan diberikan pengecualian cukai/tax exemption)

**Sila kemukakan/emelkan bukti pembayaran ke ebeca@utem.edu.my untuk tujuan pengeluaran resit rasmi UTeM