Portal ini disediakan khas oleh Unit Pembangunan Kemahiran Latihan, Program Pembangunan Pengajar Kemahiran (UPKL-PPK), CIAST sebagai pusat rujukan bagi pemohon kursus yang terdiri dari orang awam dan organisasi industri. Tujuan utama portal ini adalah untuk menyelaraskan maklumat latihan serta memudahkan proses permohonan kursus secara atas talian.
Bagi memudahkan navigasi anda, portal ini dibahagi kepada tiga bahagian utama:
Maklumat Umum: Panduan asas permohonan dan syarat kelayakan.
Kursus Modular: Proses enrol kursus MODULAR mengikut bidang teknikal tertentu.
Kursus Customised: Proses enrol kursus CUSTOMISED mengikut bidang teknikal tertentu.
Kursus Modular
Peningkatan Kemahiran : Menguasai unit kompetensi atau kemahiran teknikal dalam tempoh yang singkat.
Fleksibiliti Pembelajaran: Memberi peluang kepada peserta mengikuti latihan tanpa perlu komitmen jangka panjang.
Kos Efektif & Relevan: Peserta hanya membayar bagi kursus yang dipilih mengikut keperluan khusus mereka.
Kumpulan Sasaran: Individu yang ingin mengemaskini pengetahuan teknikal dalam bidang kepakaran masing-masing selaras dengan teknologi terkini.
Sijil Penyertaan: Mendapat sijil bagi setiap kursus yang berjaya dihadiri untuk tujuan kerjaya.
Kursus Customised
Solusi Tepat Sasaran: Menyediakan latihan yang direka khas mengikut keperluan dan teknologi spesifik sesebuah agensi / syarikat / organisasi.
Kandungan Relevan: Meningkatkan produktiviti warga kerja melalui modul yang relevan dengan tugasan harian di tempat kerja.
Kos Efektif & Relevan: Agensi/ Syarikat / Organisasi hanya membayar bagi kursus yang direkabentuk mengikut keperluan khusus pekerja masing-masing.
Latihan Sasaran: Memenuhi jurang kemahiran (skill gap) tertentu yang dikenal pasti oleh pihak pengurusan atau industri.
Sijil Penyertaan: Mendapat sijil bagi kursus yang berjaya dihadiri untuk tujuan kerjaya.