ANUGERAH PENGKARYA MUDA SELANGOR 2020

SYARAT AM PERTANDINGAN

  1. Penyertaan Pelajar Sekolah Menengah Negeri Selangor (Tingkatan 1-5) dan Pelajar Sekolah Rendah (Tahun 4,5&6)

  2. Karya hendaklah dalam Bahasa Melayu.

  3. Karya hendaklah sesuai untuk bacaan umum.

  4. Karya yang dihasilkan mestilah karya ASLI penulis. Sebarang karya plagiat, terjemahan atau karya yang pernah disiarkan di mana-mana penerbitan cetak atau digital terbatal secara AUTOMATIK.

  5. Karya tidak boleh menyentuh agama, sensitiviti, subversif dan menyinggung mana-mana pihak.

  6. Karya yang dihantar perlu mengisi borang penyertaan dan pengakuan keaslian karya yang dilampirkan.

  7. Karya yang dihantar hendaklah mendapat pengesahan daripada Pengetua / Guru Besar sekolah.

  8. Keputusan panel juri adalah muktamad.

  9. Karya yang dihantar menjadi hak milik penganjur. Pihak Penganjur berhak menyunting, mencetak dan menerbitkan bahan tersebut. Hak cipta karya yang dihantar menjadi milik penganjur.

  10. Terbahagi kepada 3 kategori

    1. Pengkarya Muda ( Menengah Atas )

    2. Pengkarya Muda ( Menengah Rendah )

    3. Pengkarya Muda (Sekolah Rendah)

  11. Karya beserta borang yang lengkap dan telah disahkan benar dihantar dengan cara muat naik di butang HANTAR PENYERTAAN.

  12. Penyertaan yang tidak lengkap akan terBATAL secara automatik.



SYARAT KHAS PERTANDINGAN

  1. Tema Karya adalah BEBAS namun mestilah menerapkan elemen yang berkaitan dengan alam pendidikan.

  2. Karya perlu bertaip menggunakan perisian Microsoft Word pada sebelah muka surat A4 dengan jarak langkau dua baris dan menggunakan font saiz 12 jenis Arial.

  3. Sila catatkan bilangan patah perkataan pada akhir karya.

  4. Panjang Karya adalah seperti berikut

    1. Kategori Sekolah Rendah

      1. Cerita Pendek (150- 250 patah perkataan)

      2. Puisi /Pantun / Syair ( Tidak melebihi 20 baris)

    2. Kategori Menengah Atas dan Menengah Rendah :

      1. Cerpen ( 2000 -2500 patah perkataan)

      2. Puisi/ Pantun / Syair ( Tidak melebihi 30 baris)

Pengkarya Muda SM Atas

  • Cerpen Pendek, Pantun, Puisi atau Syair

  • Cerpen ( 2000 -2500 patah perkataan)

  • Puisi/ Pantun / Syair ( Tidak melebihi 30 baris)

Pengkarya Muda SM Rendah

  • Cerpen Pendek, Pantun, Puisi atau Syair

  • Cerpen ( 2000 -2500 patah perkataan)

  • Puisi/ Pantun / Syair ( Tidak melebihi 30 baris)

Pengkarya Muda SR

  • Cerpen Pendek, Pantun, Puisi atau Syair

  • Cerita Pendek (150- 250 patah perkataan)

  • Puisi /Pantun / Syair ( Tidak melebihi 20 baris)

BORANG PENYERTAAN

Muat-turun borang penyertaan dibawah dan lengkapkan semua maklumat

Upload borang penyertaan yang telah lengkap di bawah

TARIKH TUTUP 2 NOVEMBER 2020

PEGAWAI MEJA

Puan Hafizah binti Mohamad

Pegawai Sumber dan Teknologi Pendidikan

Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, JPN Selangor

email : hafizah@btpnsel.edu.my | Whatapps : 013-2233373