TESTIMONI

Ruangan Testimoni ini memaparkan sebahagian dari petikan email,perbualan atau sms dari pasangan yang telah kami bantu.  Kami tidak dapat memaparkan email yang sebanar demi untuk menjaga kerahsiaan identiti pasangan.

Pasangan Kuala Lumpur

posted Nov 2, 2013, 12:59 AM by Nikah Siam   [ updated Nov 2, 2013, 1:01 AM ]

Assalamualaikum,

Alhamdulillah kami telah menerima cahaya mata kami yang pertama.  Ingin sekali kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan atas segala bantuan dan khidmat nasihat yang telah tuan berikan.

Kami harap tuan terus membantu pasangan lain dan semoga semua peniaga adalah sejujur dan sebaik tuan.

Kami harap kata-kata kami ini dapat tuan muatkan di laman web tuan dan kami amat bersyukur kepada ALLAH kerana kita telah dipertemukan.


Kami mendoakan kesejahteraan tuan sekeluarga dan semoga Allah memberikan tuan kebaikan di dunia dan akhirat.


Assalamualaikum.

XXXXXXX & YYYYYYY



Nota: Ini adalah kandungan salah satu dari email yang baru kami terima.  

Pasangan Kuala Lumpur

posted Jun 11, 2012, 12:48 AM by Nikah Siam   [ updated Jun 11, 2012, 12:49 AM ]

"Bro! Ko punya service memang the best.  Kitorang happy tahap gaban..haha.. Family pun enjoy bercuti.. Tak rasa mcm gi nikah pun. Kalah travel agent nih"

SMS dari mereka 3 bulan kemudian:

"Bro! Kitorang dah settle mahkamah! LULUS!!! YESS!!!! Thank you bro!!!"


NOTA:  Pasangan berpoligami bernikah membawa rombongan sekeluarga.  Keseluruhan perjalanan dirangka menjadi ala-ala percutian keluarga yang amat menyeronokkan.  Mereka juga telah mendapat sijil nikah Malaysia setelah disahkan oleh Mahkamah Syariah.

Pasangan Pelajar

posted Jun 11, 2012, 12:42 AM by Nikah Siam

"Abang, kami nak ucapkan terima kasih banyak2! Seronok ek gi nikah ni. Tengok TV mcm2 benda jadik. Rupanyer tak sama langsung. Best giler bang! dapat nikah pun best giler!! ehehehehe....!"

NOTA: Pasangan pelajar berusia awal 20an yang memilih menghalalkan hubungan mereka setelah beberapa kali HAMPIR berzina dan tidak dibenarkan bernikah oleh ibu-bapa selagi belum bekerja.  Mereka bernikah dahulu, semoga urusan mereka lebih mudah dan berjaya di dunia akhirat.

Pasangan Sabah

posted Jun 11, 2012, 12:37 AM by Nikah Siam

"Kami mulanya dah hampir putus asa kerana tak jumpa orang yang benar-benar boleh uruskan pernikahan ini secara betul.  Enam orang yang kami hubungi sebelum encik, semuanya lebih kepada nak cari duit sahaja.  Alhamdulillah, kami bersyukur kepada Allah, kita dipertemukan dan kami dapat bernikah secara sah.  Segala urusan dan layanan encik, kami tiada komplen. Baik segalanya dan seronok kami berjalan di Thailand"

NOTA:  Pasangan ini telah menghubungi enam ejen yang tidak ada satu pun mereka berpuas hati sama ada dari segi penerangan hukum syarak mahupun pakej yang mereka sediakan.  Dengan Pesona Consult, mereka telahpun bernikah dan kini telahpun disahkan oleh makhamah syariah.

Pasangan Johor

posted Jun 11, 2012, 12:31 AM by Nikah Siam

"Kalau ada 5 bintang, kami bagi 5 bintang!  Kami teramatlah berpuas hati.  Semua berjalan dengan smooth. Hotel pun selesa. Ahli keluarga pun happy.  Tau-tau je la orang-orang tua kan agak sensitif bab kawin ni? Tapi cara En uruskan, memamg best!"

NOTA:  Pasangan ini berpoligami dan datang bersama ahli keluarga yang mana yang tertua berusia 75 tahun.  Semuanya amat gembira dan berpuas hati.

Pasangan Perak

posted Jun 11, 2012, 12:27 AM by Nikah Siam

Petikan email:

Assalamualaikum WBH.

 

Encik Raz, saya dan Isteri ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada En kerana telah membantu kami serta menyelesaikan semua masalah yang kami hadapi selama ini iaitu hal perkahwinan kami baru2 ini pada XX Mei 20XX di Wilayah Songkhla Thailand.,  Selebihnya Allah swt sahaja yang mampu membalasnya.

 

Saya dan isteri amat berpuas hati dengan layanan yang telah diberikan oleh en kepada kami serta kami bersyukur kerana dipertemukan dengan encik serta berharap hubungan ini dapat diteruskan sebagai saudara seislam.

 

Disini saya ingin berkongsi pengalaman dengan encik, encik adalah orang terakhir saya hubungi sedangkan sebelum ini bermacam-macam orang yang saya temui yang menawarkan khidmat perkahwinan di Thailand tetapi apa yang amat menyedihkan ini lumrah hidup untuk mendapat habuan dunia manusia sanggup menjual agama.


Diantaranya apa yang dapat saya ceritakan dan kongsi bersama ialah.

 

a.      Golongan yang menawarkan pernikahan kepada pasangan dimalaysia tetapi mengeluarkan sijil nikah Thailand dan Juru Nikahnya orang Malaysia yang mengatakan Wali itu tidak penting dan pernikahan itu boleh dilaksanakan oleh sesiapa sahaja jika si pengantin perempuan mewakilkan wali kepada juru nikah tersebut.

 

b.      Golongan yang menawarkan pernikahan disempadan iaitu didalam Malaysia dan mengeluarkan Sijil Nikah Thailand.

 

En, saya berasa amat bersyukur setelah menghubungi encik saya betul2 berasa amat berpuas hati dengan penjelasan encik berikan mengenai hukum syarak serta prosidur jika berkahwin diluar Negara mengikut peraturan  serta undang2 boleh didaftarkan di Malaysia.

 

Disini ingin saya jelaskan sekali lagi saya dan isteri amat berpuas hati dengan layanan encik kerana itulah pertama kali kami masuk ke Thailand, encik membantu kami dari Malaysia lagi itu lah yang kami amat terharu. Lebih-lebih lagi ketika kami disongkhla kami dapat merasakan seumpama berkahwin di Malaysia kerana cara encik menguruskannya, kami merasakan seumpama perkahwinan kami diuruskan oleh abang atau bapa sendiri di Malaysia.

 

Oleh itu jika encik datang ke XXXXXX hubungilah kami. Jasa-jasa encik kepada kami, kami akan kenang hingga keakhir hayat. Kami akan sentiasa akan mendoakan kesejahteraan dan kebahagian encik sekeluarga kami pun berharap encik akan mendoakan kami juga

 

Sekian terima kasih

 

Wasalam


***nama dirahsiakan***



NOTA: Pasangan ini telah menemui TUJUH ejen pernikahan sebelum mereka menemui Pesona Consult.  Mereka terus melantik kami setelah hanya 20min berbual melalui telefon.  Segala urusan berjalan lancar dan mereka hidup bahagia sekarang. Alhamdulillah!



* bahagian yang kami tandakan XXX adalah maklumat yang dirahsiakan agar identiti pasangan tidak didedahkan.

Pasangan Selangor

posted Jun 11, 2012, 12:19 AM by Nikah Siam

" Bro, terima kasih banyak-banyak la.. Kami dah habis dekat RM13 ribu dan asyik kena tipu je.  Lepas ni boleh la daftar kat Malaysia"

NOTA: pasangan ini bernikah menggunakan ejen yang membuat kerja separuh jalan.  Mereka tidak cukup dokumen untuk mendaftarkan pernikahan di Malaysia.  Pesona Consult membantu mereka mendapatkan dokumen pernikahan yang lengkap secara sah.  Ejen-ejen penipu sebelum ini telah melesapkan duit mereka.

1-7 of 7