Tahukah Anda?

Tahukah Anda?
Terdapat lebih 3,000 pasangan Malaysia yang mendaftarkan pernikahan di Konsulat Jeneral Malaysia Songkhla setiap tahun.  Dalam masa yang sama ramai pasangan yang bernikah di Selatan Thailand tetapi tidak mendaftarkan pernikahan mereka di Konsulat atas sebab-sebab tersendiri.  Ini menjadikan secara purata sebanyak 10-15 pasangan Malaysia yang bernikah di Selatan Thailand setiap hari!

Tahukah Anda?
Kebanyakkan pasangan yang benikah di Selatan Thailand BUKANNYA disebabkan faktor poligami.

Tahukah Anda?
Ramai pasangan muda yang terdiri dari pelajar IPT bernikah senyap-senyap setelah keluarga tidak bersetuju mereka bernikah sewaktu masih belajar. 

Tahukah Anda?
Pelajar IPT yang bernikah senyap-senyap ini biasanya merahsiakan pernikahan mereka dari keluarga dan kemudian memohon bernikah semula di Malaysia setelah mereka habis belajar dan berkerja.

Tahukah Anda?
Banyak sindiket pernikahan palsu beroperasi di Malaysia dan menjadikan pasangan yang terdesak sebagai mangsa.

Tahukah Anda?
Ramai yang menjadi mangsa sindiket pernikahan palsu adalah kerana kurangnya ilmu pengetahuan tentang peraturan dan hukum syarak.

Tahukah Anda?
Terminologi "Nikah Siam" dan "Kahwin Lari" yang dipandang serong oleh masyarakat adalah sebenarnya SAH di sisi syarak walaupun ia melanggar adat.  Ini adalah lebih baik dari melakukan zina yang salah di sisi syarak dan salah juga di sisi adat.

Tahukah Anda?
Kerajaan Malaysia melalui Mahkamah Syariah di seluruh negeri-negeri di Malaysia mengiktiraf pernikahan di Selatan Thailand sebagai SAH asalkan ia dilakukan menerusi prosedur dan peraturan yang betul serta menurut syarak.  Hukum pernikahan ini juga telah difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sebagai SAH.

Tahukah Anda?
Lelaki tidak perlu meminta izin dari isteri pertama untuk berpoligami.  Isteri tiada hak untuk menghalang seseorang suami untuk berpoligami.  Walaubagaimana pun seorang isteri berhak untuk dimaklumkan bahawa suaminya telahpun bernikah lagi.

Tahukah Anda?
Hakim mahkamah syariah jarang sekali menolak permohonan berpoligami oleh suami sekalipun jika ditentang oleh isteri beliau.  Kehadiran seseorang isteri di mahkamah syariah biasanya adalah untuk memaklumkan kepada si isteri bahawa suaminya akan bernikah lagi selaras dengan hak isteri yang perlu mengetahui bahawa suaminya akan berpoligami.

Tahukah Anda?
Oleh kerana tidak mahu "berperang besar" dan urusan nikah terganggu setelah isteri pertama dimaklumkan sewaktu proses permohonan poligami di Mahkamah Syariah, maka ramai suami bernikah di Selatan Thailand dan kemudiannya menguruskan masalah dengan isteri pertama setelah kembali ke Malaysia.

Tahukah Anda?
Proses pendaftaran nikah di Malaysia setelah kembali dari Selatan Thailand adalah mudah.  Biasanya akan lulus asalkan Mahkamah Syariah berpuas hati ia telah dilaksanakan menurut syarak dan di sokong dengan dokumen yang serba lengkap.

Tahukah Anda?
Tiada proses berpoligami di Malaysia yang tidak perlu melalui mahkamah syariah untuk pendaftaran yang lengkap.  Bezanya cuma jika bernikah di Malaysia, pesangan perlu memohon melalui mahkamah syariah dahulu dan jika bernikah di Selatan Thailand pula, pasangan akan mendaftarkannya melalui mahkamah syariah setelah kembali ke Malaysia.  

ringkasannya:

Mohon Mahkamah ---> Nikah di Malaysia  ---> Daftar
Nikah di S.Thailand ----> Pengesahan Mahkamah ---> Daftar

(mana-mana proses melibatkan mahkamah syariah)

Tahukah Anda?
"Ejen" yang mengaku boleh "settle"kan urusan Mahkamah anda tanpa anda atau penguam anda hadir adalah PENIPU!  Dalam apa cara pun, anda/peguam anda wajib hadir.  Jika tidak, yakinlah bahawa pendaftaran anda itu palsu.

Tahukah Anda?
Kebanyakan wilayah di Selatan Thailand pada suatu masa dahulu merupakan negeri-negeri Melayu yang telah pun terlepas ke bawah kekuasaan Thailand akibat penjahahan barat dan Jepun.  Ramai penduduk di sana berbangsa Melayu dan beragama Islam dan sebahagian dari mereka masih fasih bertutur Bahasa Melayu.

Tahukah Anda?
Pesona Consult berpengalaman luas dan memahami hukum syarak serta peraturan pernikahan dan pendaftaran di Malaysia dan Wilayah Selatan Thailand.

Tahukah Anda?
Pesona Consult boleh membantu anda bernikah dengan SAH dan prosesnya serba lengkap.

Tahukah Anda?
Pesona Consult boleh membantu memberikan panduan dan khidmat nasihat untuk melancarkan proses pendaftaran pernikahan anda di Malaysia.

Tahukah Anda?
Pasanga yang bernikah melalui bantuan Pesona Consult tidak pernah menghadapi masalah mendaftarkan pernikahan mereka di Malaysia.

Tahukah Anda?
Pesona Consult TIDAK membuatkan dokumen pendaftaran nikah anda melalui pintu belakang.  Semua dokumen pernikahan anda di Malaysia akan dikeluarkan melalui proses yang sah dan anda sendiri yang akan melaluinya dengan mudah setelah menurut panduan dari Pesona Consult.  Tiada pihak ketiga.

Tahukah Anda?
Pesona Consult pernah ditemuduga oleh Pegawai Jabatan Agama Islam di Malaysia.  Hasil temuduga itu menunjukkan bahawa proses yang kami laksanakan adalah betul! 

Tahukah Anda?
Pesona Consult benar-benar ingin membantu pasangan bernikah agar terselamat dari dosa zina yang amat keji, dan seterusnya memelihara nasab keturunan umat Islam serta mengurangkan masalah sosial yang melanda masyarakat kita hari ini.  Insyaallah!
Comments