SENARAI PERKHIDMATAN

SENARAI PERKHIDMATAN PESONA CONSULT

Kami menyediakan pelbagai perkhidmatan yang berkaitan dengan pernikahan sama ada di Malaysia, mahupun di Thailand.  

Berikut adalah senarai perkhidmatan yang disediakan:

Khidmat nasihat berkaitan peraturan & prosedur bernikah di Malaysia.

Kami sedia membantu anda untuk mendapatkan jawapan bagi sebarang kemusykilan tentang prosedur bernikah di Malaysia.  Adakalanya pasangan yang menghubungi kami tidak pun perlu pergi ke Thailand untuk bernikah kerana terdapat prosedur yang boleh diikuti di Malaysia, melalui Jabatan Agama Islam.  Hanya jika tiada pilihan lain, maka barulah mereka perlu ke Selatan Thailand untuk bernikah.

Khidmat nasihat berkaitan  peraturan & prosedur bernikah di Thailand.

Dalam usaha untuk anda membuat keputusan yang tepat, dan membandingkan jenis perkhidmatan dari pihak lain, kami sedia menerangkan secara terperinci tentang prosedur bernikah di Selatan Thailand dari A hingga ke Z.  Seringkali kami mendapat maklumat dari pasangan bahawa ejen-ejen tertentu meyakinkan mereka tentang itu dan ini, walhal ada yang penting dikatakan tidak penting, dan ada pula proses yang tidak penting atau tidak perlu, mereka katakan mesti.  Maka bertanyalah kepada kami tentang apa yang patut anda ketahui agar tidak melakukan kesilapan.

Khidmat penuh pernikahan di Selatan Thailand

Kami menyediakan perkhidmatan penuh untuk proses bernikah di Songkhla.  Ini merangkumi segala urusan rasmi, pengangkutan sehinggalah dokumentasi.  Bila anda pulang ke Malaysia, segala yang anda perlukan sudah cukup untuk proses pendaftaran di Malaysia.  Sila lihat ruangan Pakej untuk maklumat lanjut.

Khidmat pendaftaran nikah di Konsulat Jeneral di Songkhla.

Ramai pasangan yang bernikah di Selatan Thailand dan tidak mendaftarkan pernikahan mereka di Konsulat Jeneral Malaysia.  Tanpa pengesahan dari Konsulat, mereka TIDAK BOLEH mendaftarkan pernikahan mereka di Malaysia.  Tidak mendaftar di Konsulat ini adakalanya disebabkan oleh kerana mereka tidak mengetahui akan prosedur yang lengkap tentang pernikahan di Selatan Thailand.  Ada kalanya juga ejen pernikahan mereka melepaskan tangan dari bertanggungjawab tentang urusan penuh ini.  Kami sering juga membantu pasangan yang ter"sangkut" ini untuk melengkapkan dokumentasi mereka agar boleh mendaftar di Malaysia.

Khidmat nasihat berkaitan pendaftaran nikah di Malaysia.

Bagi pasangan yang telah bernikah di Selatan Thailand, kami boleh membantu memberi khidmat nasihat untuk cara-cara mendaftarkan pernikahan ini mengikut prosedur yang betul di Malaysia. 

Khidmat pengurusan pendaftaran nikah di Malaysia.

Kami boleh membantu dengan urusan mendaftarkan pernikahan di Malaysia dengan cara yang betul dan mengikut prosedur.  Kami boleh menyediakan segala dokumentasi yang lengkap untuk proses pendaftaran ini agar urusan anda berjalan lancar.

Khidmat menyemak kesahihan pernikahan di Selatan Thailand.

Banyak pasangan yang sama ada sudah lama mahupun baru sahaja bernikah dengan khidmat ejen di sempadan tidak yakin ataupun ragu-ragu dengan status pernikahan mereka. Oleh itu, kami boleh membantu anda menyemak status pernikahan anda dengan Majlis Agama Islam di Wilayah-wilayah Selatan Thailand, bagi menentukan bahawa pernikahan itu sah ataupun tidak.  Dari pengalaman kami, tidak kurang juga pasangan yang telah 'bernikah' melalui sindiket palsu dan apabila disemak, didapati pernikahan mereka tidak sah.  Bagi pernikahan yang tidak sah mereka MESTI bernikah semula.  Bagi yang sah pula, mereka bolehlah meneruskan dengan proses pendaftaran di Malaysia.

Khidmat lain yang berkaitan

Kami menyediakan bermacam lagi khidmat lain yang berkaitan pernikahan di Selatan Thailand yang tidak tersenarai di atas.  Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi kami hari ini.  Kami sedia membantu menyelesaikan masalah anda.  InsyaAllah.





Comments