MENGAPA PESONA?

Mengapa memilih Pesona Consult?
 

  • Professional
  • - pengurusan kami dan perkhidmatan kami adalah professional sepenuhnya. 
  • Bertanggungjawab - kami memastikan segala urusan anda berjalan dengan lancar dan anda tidak menghadapi masalah mendaftarkan pernikahan anda di Malaysia nanti.
  • Persediaan yang lengkap - kami memastikan segala-galanya tersedia di pihak kami serta anda sebelum memulakan perjalanan.
  • Pakej yang lengkap - kami menyediakan segala-gala keperluan anda sepanjang anda berada di Thailand.  Malahan kami memberikan khidmat tambahan seperti insuran serta travel bag untuk kegunaan anda.  Anda juga tidak perlu risau tentang foto dan video kerana kami menyediakannya untuk anda.
  • Foto & Video - kami akan mengambil foto dan video pernikahan anda.  Kami memberikannya kepada anda dalam bentuk CD secara PERCUMA! Foto & video ini PENTING sebagai bukti tambahan bahawa anda bernikah di Selatan Thailand. 
  • Komited - kami komited dengan tugas yang anda amanahkan dan sentiasa mencari jalan untuk memperbaiki mutu perkhidmatan kami. (Terdapat beberapa pihak lain yang juga menguruskan pernikahan di Thailand yang menakut-nakutkan bakal pengantin serta memperlekehkan orang lain yang menawarkan khidmat yang sama, semata-mata kerana inginkan pelanggan.  Kami tidak begitu malahan kami berusaha keras untuk menambah baik perkhidmatan kami agar anda berpuas hati).
  • Dipercayai ramaiKami nombor satu, original dan tulen. Senarai pelanggan kami terdiri dari pelbagai pihak termasuk individu popular di Malaysia.  Mereka juga memperkenalkan kami kepada sahabat mereka dengan komen-komen yang positif.
  • Cara bayaran yang pelbagai - kami menerima bayaran tunai, kad kredit dan paypal, ataupun mana-mana kombinasi.
  • KERAHSIAAN TERJAMIN ! - kami tidak pernah dan tidak akan membocorkan identiti anda kepada pihak yang tidak berkaitan.  Malahan ahli keluarga kami sendiri tidak mengetahui identiti pasangan yang pernah kami bawa.  KAMI JUGA MEMADAMKAN SEMUA FOTO SERTA VIDEO ANDA setelah kami serahkan CD tersebut kepada anda.
  • Berpengalaman - kami berpengalaman luas dan telah membantu begitu ramai sekali pasangan seperti anda.  Namun begitu, kami sentiasa belajar memperbaiki diri.
  • Ketenangan Fikiran - anda boleh merasa tenang mengetahui bahawa urusan anda dikendalikan dengan cara yang amat baik.
  • JUJUR, IKHLAS, AMANAH dan kami begitu mementingkan kepuasan anda.



Lihat : Perbandingan khidmat Pesona Consult dengan yang lain-lain.

Apa Kata Mereka? : TESTIMONI
  
Teruskan ke:  Pakej







MAAF! Kami TIDAK AKAN BERSUBAHAT untuk: 

  1. Melanggar prosedur yang telah ditetapkan. 
  2. Menipu pihak Majlis Agama Islam Songkhla tentang status pernikahan anda. Contohnya: lelaki yang sudah ada empat isteri tapi mengaku masih ada "kekosongan", ataupun wanita yang masih dalam edah tapi mahu bernikah segera.
  3. Melibatkan diri dengan sebarang aktiviti jenayah. 
  4. Mengubah tarikh pernikahan. 
  5. Sebarang perkara yang tidak bermoral dan salah disisi agama.
* maaf kami terpaksa memasukkan bahagian ini kerana sepanjang pengalaman kami, kami pernah menerima pelbagai permintaan yang dikira salah disisi agama dan syarak.  Kami bertegas untuk tidak terlibat dengan sebarang aktiviti tersebut.  

Bagi anda yang ingin bernikah secara sah, bahagian ini tidak melibatkan anda




Kami tidak pernah dan tidak akan menggadaikan iman, prinsip, maruah serta kredibilti kami semata-mata mengejar harta yang pasti tidak akan kekal selama-lamanya.   Niat utama kami ialah untuk mendapatkan keredhaan ALLAH dengan cara membantu anda mendapatkan keredhaanNYA dalam pernikahan yang SAH lagi HALAL.  

Jika anda menghadapi masalah yang rumit, hubungi kami dahulu dan bersama-sama, kita akan mencari jalan penyelesaian secara baik.  Sesungguhnya setiap masalah itu pasti ada jalan keluar dengan Rahmat ALLAH SWT... Insyaallah...
Comments