KENALI SINDIKET PERNIKAHAN PALSU

Sindiket Pernikahan Palsu Bermaharajalela.

 

Sepanjang penglibatan kami di dalam bidang pengurusan nikah di Selatan Thailand, kami telah juga menemui begitu ramai pasangan yang telah terpedaya dengan sindiket pernikahan palsu yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata, tanpa memikirkan soal halal haram apatah lagi balasan Allah di akhirat kelak.  Dengan rahmat Allah, kami juga telah berjaya menyelamatkan ramai pasangan dari tertipu dan juga membantu pasangan yang telah pun tertipu untuk bernikah semula secara halal dan memenuhi hukum syarak.  Namun begitu, apa yang menyedihkan, walaupun telah banyak berita di media perdana tentang sindiket ini ditumpaskan oleh pihak berkuasa, masih ramai lagi yang terus diperdayakan.  Malahan ada juga pasangan yang telas jelas tertipu masih berdegil untuk tidak mahu memperbetulkan keadaan dengan bernikah semula dan meneruskan kehidupan mereka dalam keadaan bermaksiat sepanjang masa.

 

Persoalan utama dari sini ialah apakah yang menyebabkan keadaan ini berlaku? Siapakah yang patut dipersalahkan? Adakah ini salah pihak berkuasa? Salah ibu mengandung? Salah ahli sindiket itu? Salah keadaan ekonomi dunia? Ataupun salah pakcik yang tinggal di hujung kampung?  JAWAPAN yang tepat ialah salah pasangan itu sendiri kerana KURANGNYA pengetahuan tentang hukum pernikahan, peraturan nikah dan ilmu yang berkaitan, di mana mereka tidak dapat membezakan sindiket palsu dan khidmat pernikahan yang tulen.

 

Atas dasar tanggungjawab dan harapan yang tinggi untuk keredhaan Allah, kami terpanggil untuk menjelaskan secara terperinci yang mungkin tentang perbezaan antara pernikahan sindiket dan khidmat pengurusan nikah yang tulen.  Kami harap dengan sedikit ilmu yang kami kongsi ini, ia akan memberi manafaat kepada anda semua.

 

 

Apa itu sindiket nikah palsu?

 

Sindiket nikah palsu ialah sekumpulan orang yang menjalankan urusan pernikahan yang:

1.       TIDAK MEMENUHI TUNTUTAN SYARAK BERKAITAN RUKUN NIKAH

2.       Menguruskan DOKUMENTASI YANG TIDAK SAH

3.       Salah satu atau kedua-dua di atas

 

TIDAK MEMENUHI TUNTUTAN SYARAK BERKAITAN RUKUN NIKAH

 

Pernikahan yang tidak memenuhi syarak ialah apabila salah satu daripada rukun nikah tidak dipenuhi.  Implikasi pernikahan ini ialah pernikahan itu TIDAK SAH dan pasangan yang dinikahkan itu akan hidup dalam keadaan berzina dan anak yang lahir dari pernikahan itu adalah anak zina.  Biasanya rukun nikah yang tidak dipenuhi di dalam kes sindiket pernikahan palsu ialah sama ada tentang WALI ataupun SAKSI atupun kedua-duanya sekali.

 

Sememangnya kebanyakkan pasangan kahwin lari ini bernikah dengan menggunakan Wali Hakim/Raja.  

"Wali Hakim ialah wali/kadhi yang dilantik oleh pihak yang berkuasa/raja untuk menikahkan pasangan secara wali hakim/raja di dalam kawasan di mana wali hakim/raja itu ditauliahkan."  

Contohnya, Wali Hakim yang ditauliahkan di Songkhla hanya boleh menikahkan pasangan di dalam wilayah Songkhla SAHAJA.  Jika beliau menikahkan pasangan di wilayah lain seperti Yala, Narathiwat ataupun menyeberang ke Malaysia, maka beliau hilang kuasa untuk menjadi wali hakim dan pernikahan di luar kawasan tauliah beliau (secara wali hakim) adalah TIDAK SAH.  DITEGASKAN di sini bahawa: 

PERATURAN INI ADALAH TUNTUTAN SYARAK DAN BUKANNYA UNDANG-UNDANG YANG DIGUBAL OLEH KERAJAAN.


"Saksi pernikahan pula hendaklah orang yang beragama Islam dan adil serta tidak fasik."   

Ahli sindiket pernikahan palsu pula adalah mereka yang menipu untuk mendapatkan keuntungan.  Secara automatiknya mereka tergolong di dalam golongan yang penipu dan tidak adil.  Maka kesaksian mereka di atas sesuatu pernikahan itu tidak boleh digunapakai.  Akibatnya pernikahan itu juga TIDAK SAH.

 

DOKUMENTASI YANG TIDAK SAH

 

Memandangkan sindiket pernikahan palsu tidak boleh mengeluarkan dokumen yang tulen. Maka dokumen yang diberikan oleh sindiket tersebut adalah tidak sah disisi undang-undang mana-mana negara. 

 

Berikut adalah antara dokumentasi tidak sah:

a)      Sijil nikah palsu Thailand dicetak sendiri oleh sindiket berserta dengan tandatangan/cop palsu.

b)   Sijil nikah tulen Thailand yang diperolehi secara tidak sah (curi atau beli melalui pegawai yang menerima rasuah)

c)       Surat pengesahan konsulat palsu dan tiada rekod di konsulat.

d)      Sijil nikah Malaysia palsu yang dicetak sendiri.

e)      Sijil nikah Malaysia tulen yang diperolehi secara tidak sah (merasuah pegawai).

f)       Tidak melalui proses pendaftaran yang lengkap iaitu:

a.       Pengesahan konsulat di Thailand

b.      Pendaftaran dan pengesahan di Mahkamah Syariah Malaysia

c.       Pendaftaran dan pengesahan di Jabatan Agama Islam Malaysia.

g)      Sindiket yang menjanjikan “Semua dokumen lengkap dan tulen (berserta kad nikah) boleh disiapkan tanpa melalui prosedur yang ditetapkan”.

Jika pasangan ditawarkan urusan penuh melalui mereka (yakni pasangan tidak perlu ke pejabat agama, mahkamah syariah dan sebagainya) maka JELASLAH mereka ini menjalankan khidmat pernikahan yang tidak sah!

 

Implikasi dari sini adalah amat besar yakni (bahagian ini memfokuskan bahagian dokumentasi sahaja):

a)      Pernikahan itu boleh jatuh ke dalam status “meragukan” dan boleh dibatalkan oleh mahkamah syariah.

b)      Pernikahan itu tidak boleh didaftarkan di Malaysia.

c)     Apabila ahli sindiket tersebut ditangkap oleh pihak berkuasa Malaysia, maka jika sijil-sijil nikah yang tidak sah tersebut akan dikenalpasti oleh pihak berkuasa.  Status pernikahan mereka boleh “digantung” dan kemudian jika didapati pernikahan tidak sah, maka anak-anak yang lahir juga tidaklah dikira sebagai anak yang sah taraf.

d)      Dewasa ini rekod pernikahan di Jabatan Agama Islam Malaysia adalah “online”.  Banyak pasangan yang telah bernikah melalui sindiket ini gagal mendaftarkan anak mereka kerana rekod online di Jabatan Pendaftaran dan Jabatan Agama Islam TIDAK selari atau TIDAK ADA.  Kadang-kadang proses mengemaskini rekod itu berlaku kemudian (setelah sindiket palsu ditumpaskan). Bayangkan jika perkara itu hanya diketahui sewaktu hendak mendaftarkan anak kedua atau ketiga?  Tidak mustahil rekod pendaftaran anak pertama itu juga akan dikaji semula oleh kerajaan.

e)  Isteri yang teraniaya tidak boleh mendapatkan pembelaan.  Contohnya, jika digantung tidak bertali, maka mereka tidak boleh melaporkan ke mana-mana kadhi di Malaysia mahupun Thailand kerana mereka tidak ada rekod pernikahan yang sah.

f)   Isteri/suami dan anak tidak boleh menuntut pusaka jika kematian pasangan jika tiada rekod/pendaftaran pernikahan yang sah ataupun jika ketulenan rekod pernikahan itu dicabar di mahkamah.

g)    Banyak masalah berkaitan rekod dan ketulenan timbul setelah bertahun-tahun.  Paling menyedihkan apabila pasangan itu telah mempunyai ramai anak.  Dan ketika itu, jika pernikahan mereka didapati tidak sah, bagaimana pula nasib anak-anak itu?  Bagaimana pula dengan maruah mereka?

h)      Ahli sindiket ini tidak layak menjadi saksi pernikahan kerana melakukan penipuan.  Jika mereka menjadi saksi, maka kesaksian seorang penipu tidak boleh diterima.  Pernikahan boleh jadi tidak sah.

 

 

Senario-senario pernikahan melalui sindiket pernikahan palsu.

 

Senario 1

 

Pasangan dinikahkan di Malaysia.  Wali adalah wali hakim dari Thailand.  Saksi adalah dua orang ejen yang menguruskan pernikahan mereka.

 

Status pernikahan: TIDAK SAH kerana wali hakim menikahkan pasangan di luar kawasan tauliah dan saksi tidak sah.

 

Senario 2

 

Pasangan dinikahkan di Malaysia.  Wali adalah wali hakim dari Thailand.  Saksi adalah dua orang sahabat pengantin yang tidak terlibat dengan sindiket itu.

 

Status pernikahan: TIDAK SAH kerana wali hakim menikahkan pasangan di luar kawasan tauliah.

 

Senario 3

 

Pasangan dinikahkan di Malaysia/Thailand oleh Wali Akrab (bapa) wanita itu sendiri.  Saksi adalah ahli sindiket yang menguruskan dokumen tidak sah.

 

Status pernikahan: TIDAK SAH kerana saksi pernikahan adalah mereka yang terlibat dengan aktiviti penipuan (dalam kes ini penipuan dokumen).

 

Senario 4

 

Pasangan dinikahkan di Narathiwat secara wali hakim oleh kadhi yang dilantik di Songkhla dan disaksikan oleh ahli sindiket.

 

Status Pernikahan:  TIDAK SAH kerana wali hakim hilang kelayakkan diluar kawasan tauliah.  Saksi juga terlibat dengan penipuan dan kesaksian mereka tidak boleh digunapakai.

 

Senario 5

 

Pasangan dinikahkan di Narathiwat secara wali hakim yang dilantik di Narathiwat dan disaksikan oleh anggota sindiket yang menguruskan dokumen pernikahan yang tidak sah (contohnya boleh urus sehingga keluarkan sijil nikah Malaysia tanpa pasangan ke Mahkamah Syariah/Jabatan agama).

 

Status Pernikahan:  TIDAK SAH saksi juga terlibat dengan penipuan dan kesaksian mereka tidak boleh digunapakai.  Situasi disini adalah jika mereka boleh keluarkan dokumen secara “pintu belakang” maka sudah tentunya ada yang terlibat dengan rasuah dan sebagainya.  Dan rasuah itu adalah perkara yang diharamkan oleh Islam.



Senario yang Sah tapi bermasalah:

 

Senario 6

 

Pernikahan dilakukan di Malaysia atau Thailand oleh Wali Akrab (bapa) perempuan dan disaksikan oleh dua atau lebih saudara/sahabat pasangan yang adil & tidak fasik, yang juga tidak terlibat dengan sindiket pernikahan palsu.  Surat nikah dikeluarkan oleh sindiket sama ada surat nikah Malaysia mahupun Thailand dan segalanya diuruskan oleh anggota sindiket.

 

Status Pernikahan: SAH kerana memenuhi tuntutan syarak dan memenuhi rukun nikah.

 

Implikasi: Akan berlaku masalah di masa depan apabila semua rekod pernikahan dikemaskini, lebih-lebih lagi apabila sindiket pernikahan palsu ini dibongkar oleh pihak berkuasa.  Dan jika katakanlah selepas 10 tahun ia terbongkar dan kesemua wali dan saksi telah tiada, pernikahan ini susah untuk dibuktikan dan tidak mustahil boleh mengundang pelbagai masalah lain yang pada waktu pernikahan itu tidak difikirkan.

 

Senario 7

 

Pernikahan dilakukan di Thailand oleh Wali Hakim yang bertauliah di dalam kawasan/wilayah beliau ditauliahkan dan disaksikan oleh dua orang saksi yang adil & tidak fasik, yang juga tidak terlibat dengan sindiket pernikahan palsu.  Surat nikah dikeluarkan oleh Pejabat Agama Islam Thailand.  Kemudian urusan pendaftaran di Malaysia diuruskan sepenuhnya oleh sindiket, yakni tidak perlu ke Mahkamah dan Jabatan Agama Islam di Malaysia.

 

Status Pernikahan: SAH kerana memenuhi tuntutan syarak dan memenuhi rukun nikah.

 

Implikasi: Akan berlaku masalah di masa depan apabila semua rekod pernikahan dikemaskini, lebih-lebih lagi apabila sindiket pernikahan palsu ini dibongkar oleh pihak berkuasa.  Dan jika katakanlah selepas 10 tahun ia terbongkar dan kesemua wali dan saksi telah tiada, pernikahan ini susah untuk dibuktikan dan tidak mustahil boleh mengundang pelbagai masalah lain yang pada waktu pernikahan itu tidak difikirkan.

 

 

 

Kami ingin mengingatkan saudara semua bahawa anggota sindiket ini amat licik dalam meyakinkan pasangan yang hendak bernikah ini.  Mereka akan mengatakan bahawa telah banyak pasangan yang mereka uruskan telah “lepas” dan tak ada masalah di kemudian hari.  Kadangkala ada ahli mereka berperwatakan & berpakaian warak dan konon-kononnya tahu hukum hakam serta amat alim.  Adakalanya caj perkhidmatan mereka adalah amat tinggi.  Barangkali ada pasangan yang lepas dengan hal-hal pendaftaran selama beberapa tahun.  Bagaimana pula setelah penipuan mereka terbongkar dan rekod pernikahan dikemaskini oleh pihak berkuasa? Ataupun ada juga yang pendaftarannya “selamat” di atas kertas, akan tetapi bagaimana pula dengan status pernikahan itu? Sah atau tidak?

 

NASIHAT KAMI

 

Jika anda perlu bernikah di Selatan Thailand (walau apa pun sebabnya), maka anda MESTI pastikan bahawa dua perkara tersebut dipenuhi:

1.       Pernikahan itu adalah SAH DISISI SYARAK.

2.       Semua dokumentasi adalah lengkap dan diperolehi melalui saluran yang SAH.

3.       Ini hanya boleh dibuat melalui perunding yang tulen seperti Pesona Consult.

 

"Jangan terpedaya dengan sindiket palsu seperti yang dijelaskan di atas.  Nikah melalui prosedur yang SAH!  Pesona Consult sedia membantu! "





Berikut adalah proses pernikahan di Selatan Thailand yang benar-benar SAH serta proses pendaftaran pernikahan tersebut di Malaysia melalui saluran yang betul yang kami amalkan:

 

 

Di Thailand

 

1.       Pasangan lelaki dan perempuan itu beragama Islam dan tidak ada halangan disisi syarak untuk bernikah.  Contohnya, lelaki itu tidak beristeri empat ataupun wanita itu tidak bersuami dan bukan dalam edah.

2.       Proses masuk ke Thailand melalui prosedur yang sah yakni menggunakan passport ataupun Pas Sempadan yang sah dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia.

3.       Pasangan dibawa ke Pejabat Majlis Agama Islam itu sendiri* (bukannya di tempat lain seperti hotel, restoran dan sebagainya) dan dinikahkan oleh:

a.       Kadhi yang bertauliah untuk menikahkan pasangan secara wali hakim di dalam kawasan beliau ditauliahkan itu.

b.      Bapa/Wali akrab pengantin perempuan itu sendiri.

*jika Pejabat Majlis Agama Islam itu kurang dari dua marhalah dari Wali/Bapa perempuan itu, maka pasangan itu akan dibawa ke suatu tempat yang ditetapkan oleh Kadhi yang Bertauliah itu, OLEH Kadhi tersebut,  SELEPAS hadir ke Pejabat Majlis Agama Islam tersebut dahulu (bukannya terus ke lokasi lain).

4.       Saksi pernikahan merupakan pegawai Majlis Agama Islam itu sendiri dan juga saudara/kawan pasangan itu.

5.       Surat Nikah / Pengesahan Nikah dikeluarkan sendiri oleh Pejabat berkenaan selepas bernikah.

6.       Surat pengesahan nikah yang rasmi kepada Konsulat Jeneral Malaysia di Thailand juga dikeluarkan oleh Pejabat berkenaan.

7.       Semua dokumen asal, sijil asal berserta salinan dibawa BERSAMA PASANGAN ke Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia untuk tujuan pendaftaran dan pengesahan.

8.       Proses pendaftaran di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia dilakukan menurut prosedur yang betul dan lengkap.

9.       Menunggu sekurang-kurangnya satu hari bekerja.

10.   Surat pengesahan dari Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia diambil BERSAMA SALAH SEORANG pengantin.  Salah seorang pengantin MESTI hadir untuk menerima dokumen secara sah.



Di Malaysia

 

11.   Semua dokumen yang tulen dan lengkap di bawa ke Mahkamah Syariah serta Jabatan Agama Islam di Malaysia untuk proses pendaftaran dan pengesahan.

12.   Kami akan menasihati dan menunjukkan prosedur yang betul untuk proses pengesahan dan pendaftaran.  Untuk tujuan ini, pasangan MESTI HADIR dan melalui proses tersebut sepenuhnya.  Cuma apa yang kami bantu ialah dari khidmat nasihat bagaimana proses itu dapat berjalan secara lancar dan tidak memakan masa yang lama.

13.   Ada pasangan yang mahu menunda proses pendaftaran di Malaysia atas sebab-sebab mereka yang tersendiri.  Kami juga akan memberikan nasihat yang sewajarnya. 

 

 

Proses 1-3 di atas memastikan pernikahan itu sah.  Proses 4-12 di atas menentukan pendaftaran di Malaysia dapat dilakukan secara sempurna, dengan saluran yang betul dan TANPA masalah di masa hadapan.

 

Ingatlah! Dalam hal ini tiada “short cut” mahupun “jalan belakang”.  Jika anda menggunakan sindiket pernikahan palsu, anda mungkin “selamat” sementara.  Jangan pula 10-20 tahun akan datang anda hadapai pelbagai masalah dek kerana terpedaya hari ini. 

 

Sekali lagi kami ingin memberitahu, bernikah di Selatan Thailand bukanlah sepatutnya menjadi jalan utama kepada masalah pernikahan anda, akan tetapi jika anda terpaksa bernikah disana, maka gunakanlah perkhidmatan yang tulen.  Prosedur yang lengkap adalah seperti yang kami senaraikan di atas. 

 

Dengan Rahmat Allah dan dibantu kami, pernikahan yang kami uruskan ini adalah SAH dan segalanya akan menjadi mudah untuk anda Insyaallah.  Di Malaysia pula nanti, pendaftaran anda akan diperakui dan disahkan 100%, Insyaallah.  

Segala dokumen akan dikeluarkan oleh pihak yang berkenaan sahaja.  Ini menjamin anda terselamat dari masalah mendatang.  Dan yang paling jelas disini, anda akan terlibat dalam setiap proses tersebut.  Kami akan menemani dan menasihati dan menguruskan untuk anda.  Akan tetapi kami tidak boleh tandatangan mahupun menurunkan cap jari bagi pihak anda.   Kami tidak boleh mengeluarkan dokumen pernikahan tetapi kami membantu anda mendapatkan dokumen yang sah melalui saluran yang sah.  

Kami bukan sindiket pernikahan palsu,  kami adalah perunding pernikahan!!!



 

Jika anda perlukan khidmat kami, sila layari www.pesonaconsult.com atau email kepada kami di info@pesonaconsult.com  .



Comments