LAMAN UTAMA


بسم الله الرحمن الرحيم


KHIDMAT & PAKEJ PERNIKAHAN DI SELATAN / WILAYAH SEMPADAN THAILAND / SIAM DENGAN PERKHIDMATAN YANG PROFESSIONAL, SELAMAT DAN MURAH!


(Masjid & Pejabat Majlis Agama Islam Songkhla)



ASSALAMUALAIKUM,


Pesona Consult berdedikasi membantu menguruskan pernikahan pasangan beragama Islam secara SAH dan HALAL menurut hukum syarak di Selatan Thailand dengan khidmat yang penuh professional.  Kami berusaha memastikan bahawa status pernikahan anda memenuhi hukum Islam sepenuhnya dan seterusnya diterima oleh Jabatan Agama Islam diseluruh Malaysia.


Pernikahan adalah sunnah Rasulullah SAW yang dituntut oleh Islam.  Pernikahan akan menjauhkan umat Islam dari amalan keji zina dan memelihara nasab keturunan yang sah.  Pernikahan juga mengikat hati pasangan agar dapat hidup dengan lebih bahagia dalam keredhaan Allah.

Jabatan dan Majlis Agama Islam bagi setiap negeri di seluruh di Malaysia telah menggariskan panduan dan prosedur yang cukup baik dan teratur bagi pasangan beragama Islam untuk bernikah.  Semua peraturan yang telah ditetapkan bertujuan melindungi anda dari sebarang masalah yang mungkin mendatang. 

Namun begitu, kehidupan kita sebagai manusia di muka bumi ini tidaklah sentiasa berjalan seperti yang dirancang.  Adakalanya kita terperangkap dengan keadaan kehidupan kita, masalah yang tidak diduga dan pelbagai cabaran lain.

Menyedari hakikat ini, Pesona Consult bersedia membantu anda memenuhi tuntutan agama, yakni bernikah, secara SAH di Selatan Thailand / Siam, termasuk menguruskan perjalanan anda serta segala dokumentasi lengkap yang diperlukan sejajar dengan kehendak Jabatan Agama Islam di negeri-negeri di Malaysia dan BOLEH didaftarkan di Malaysia.

Komitmen kami dan cara pengurusan kami yang penuh prefessional telah meletakkan Pesona Consult sebagai perunding penikahan nombor satu dan yang paling dipercayai.  Kami memberi jaminan untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik agar anda dapat menyempurnakan urusan anda dengan hati yang tenang dan gembira.

Kepuasan anda adalah tanggungjawab kami dan keredhaan Allah adalah matlamat kami.

Insyaallah!


Teruskan ke : Mengapa Pesona Consult?




 



TWEET THIS SITE

JUMLAH PELAWAT



Counter for Site