Selamat Singgah Di www.kyongnorlida.com-a.googlepages.com
Hidup Perlu Diteruskan
 
Sudah agak lama laman web saya ini saya biarkan tanpa sebarang pengisian.Saya masih mencari-cari dan membuat pertimbangan apakah tajuk yang akan menjadi perbincangan saya di halaman ini. Sebagai manusia,sudah tentulah kita tidak dapat lari dari tajuk tentang hidup dan kehidupan.Apa sahaja yang berlaku dan apa jua yang terjadi,tiap insan itu perlu bangun untuk meneruskan rutin kehidupannya selagi bernafas biar rutin itu sedikit berubah ataupun terlalu banyak mengalami perubahan dari yang sebelumnya.Negara kita baru saja digemparkan dengan fenomena banjir. Bagi kita yang tidak terlibat langsung dengan bencana banjir ini, cuba kita renung dan fikir-fikirkan bagaimana dengan kehidupan mangsa banjir yang telah musnah hampir semua harta benda mereka?Pagi tadi saya sempat saya berbicara dengan seorang rakan mangsa banjir yang bercerita bahawa dia dan keluarga hanya sempat menyelamatkan pakaian yang diletakkan diatas siling rumah.Dia dan keluarganya harus memulakankannya seperti dari awal dia berkahwin dahulu.Dari sebutir garam yang mereka perlu beli sehinggalah kepada perkara-perkara yang lebih besar.Kawan saya ini dan beribu-ribu lagi yang sama nasib dengan beliau harus terus bangkit kerana nyawa masih ada. Tidak kira di mana dan bagaimana,keperluan untuk hidup mesti dicari.Hati perlu tabah dan jiwa harus kuat kerana HIDUP PERLU DITERUSKAN