Pendidikan Islam‎ > ‎Tingkatan 4‎ > ‎

Bab 25 Imam Ahmad bin Hanbal rh

Bab 25 Imam Ahmad bin Hanbal rh

 

25.  Imam Ahmad bin Hanbal rh

 

25.1.                    Riwayat Hidup

25.1.1.  nama sebenar beliau ialah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal

25.1.2.  beliau satu keturunan dengan Nabi Muhammad s.a.w. di sebelah neneknya.

25.1.3.  imam Ahmad lahir di Baghdad pada bulan Rabiulawal tahun 164Hijrah (780M)

25.1.4.  beliau lahir dalam keadaan yatim serta miskin. Bapanya hanya meninggalkan sebuah rumah dan tanah yang kecil

25.1.5.  beliau mengambil upah jual kain dan membawa barang-barang di jalanan untuk menyara hidup

25.1.6.  beliau seorang yang sangat mementingkan kebersihan dan kekemasan

25.1.7.  beliau tidak sombong dan bongkak. Beliau mengasihi seseorang kerana Allah

25.1.8.  beliau seorang yang bertaqwa, baik hati, kurang makan dan minum serta banyak melakukan ibadat

25.1.9.  Antara Ibadatnya:

25.1.9.1.        baca 1/7 al-Quran pada setiap hari

25.1.9.2.        menghafaz lebih daripada 700000 hadis

25.1.9.3.        khatam al-Quran sekali seminggu

25.1.9.4.        mengerjakan solat sunat hingga 300 rakaat setiap hari

25.1.10.                      beliau meninggal dunia pada tahun 855 M di Baghdad ketika berusia 77 tahun

 

25.2.                    Pendidikan

25.2.1.  sejak kecil beliau menunjukkan minat yang mendalam terhadap ilmu dan rajin belajar

25.2.2.  beliau akan membawa alat tulis dan kertas untuk menulis sesuatu yang berfaedah ke mana-mana saja beliau pergi

25.2.3.  sebahagian besar hidupnya adalah untuk mencari ilmu

25.2.4.  beliau mengembara ke beberapa buah negeri untuk menuntut ilmu seperti Kufah, Basrah, Syam, dan Yaman

25.2.5.  guru beliau yang masyhur ialah Imam As-Syafie, Sufian bin Uyainah dan Yahya bin Said

25.2.6.  Cara Imam Ahmad Mengihtinbatkan Hukum

25.2.6.1.        berpegang teguh dengan hadis yang sahih saja dan menolak hadis dhaif

25.2.6.2.        amat berhati-hati memilih hadis yang berhubung kait dengan masalah halal dan haram sama ada dari segi matan atau sanadnya

 

25.3.                    Sumbangan

25.3.1.  imam Ahmad bin Hanbal memberikan sumbangan yang besar dalam bidang hadis dan perundangan Islam

25.3.2.  Beliau Meninggalkan Beberapa Kitab Yang Mashyur Dan Menjadi Rujukan Hingga Ke Hari Ini:

25.3.2.1.        kitab Al-Musnad- mengandungi 40000 hadis

25.3.2.2.        Tafsir al-Quran

25.3.2.3.        An-Nasakh wal Mansukh

25.3.2.4.        kitab At-Tarikh

25.3.2.5.        kitab Al-Ilah

25.3.3.  beliau adalah pengasas mazhab Hanbali


Pendidikan Islam Tingkatan 4 SPM
www.jombelajar.co.cc
admin@jombelajar.co.cc
Comments