Perpustakaan

Recent site activity

Link Exchange

Pendidikan Islam‎ > ‎Tingkatan 4‎ > ‎

Bab 11 Dosa-Dosa Besar Yang Membawa Kemurkaan Allah

Bab 11 Dosa-Dosa Besar Yang Membawa Kemurkaan Allah

 

11.  Dosa-Dosa Besar Yang Membawa Kemurkaan Allah

 

11.1.                    Dosa-dosa besar

 

11.1.1.  Pengertian Dosa

11.1.1.1.        Dosa ialah balasan buruk kerana melakukan larangan Allah S.W.T. dan meninggalkan suruhan-Nya.

11.1.1.2.        Orang yang akil baligh yang melanggar hukum Allah digelar ‘Asi.

11.1.1.3.        Dua Jenis Dosa:

11.1.1.3.1.  Dosa besar:kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di dunia dan di akhirat seperti minum arak, berzina, membunuh

11.1.1.3.2.  dosa kecil: kesalahan yang tidak diberikan peruntukan hukuman tertentu di dunia atau amaran azab di akhirat seperti bercakap yang sia-sia

11.1.1.4.        Faktor Manusia Melakukan Dosa

11.1.1.4.1.  terpengaruh dengan perangai kawan yang jahat

11.1.1.4.2.  ingin kehidupan bebas tanpa batasan agama

11.1.1.4.3.  angkuh dan saombong kerana harta dan pangkat yang dimiliki

11.1.1.4.4.  memandang ringan dengan peringatan azab di akhirat

 

11.1.2.  Dosa-Dosa Besar Yang Mesti Dihindari

 

11.1.2.1.        Menghina Dan Menderhaka Ibu Bapa

11.1.2.1.1.  Antara Perbuatan Menderhaka Kepada Ibu Bapa

11.1.2.1.1.1.                    melawan percakapan mereka

11.1.2.1.1.2.                    meniggikan suara ketika bercakap

11.1.2.1.1.3.                    tidak dengar nasihat dan teguran mereka

11.1.2.1.1.4.                    melayan mereka dengan kasar

 

11.1.2.2.        Menipu Dan Berbohong

11.1.2.2.1.  menipu ialah melakukan helah untuk kepentingan diri sendiri dan memudaratkan orang lain

11.1.2.2.2.  berbohong ialah tidak jujur atau memalsukan sesuatu maklumat

11.1.2.2.3.  menipu boleh terjadi melalui kata-kata dan perbuatan seperti memalsukan dokumen

 

11.1.2.3.        Mencuri Dan Merompak

11.1.2.3.1.  mencuri ialah mengambil hak orang lain secara sembunyi yang disimpan di tempat simpanan tanpa izin. Hukuman hududnya dipotong tangan

11.1.2.3.2.  merompak ialah mengambil hak orang lain secara kekerasan yang disimpan di tempat simpanannya tanpa izin

11.1.2.3.3.  Kesan Perbuatan Mencuri Dan Merompak

11.1.2.3.3.1.                    masyarakat hidup tidak aman dan tenteram

11.1.2.3.3.2.                    dipandang hina oleh orang

11.1.2.3.3.3.                    dipulau dan disisihkan masyarakat

11.1.2.3.3.4.                    timbul pergaduhan dan permusuhan

11.1.2.3.3.5.                    negara tidak aman dan tenteram

 

11.1.2.4.        Riba

11.1.2.4.1.  riba ialah faedah, lebihan atau pertambahan bayaran dalam proses pertukaran barang, wang, hutang-piutang dan sebagainya

11.1.2.4.2.  Jenis2 Riba

11.1.2.4.2.1.                    riba Al-fadl: pertambahan berlaku kerana pertukaran barang yang sama jenis seperti pertukaran beras dengan beras

11.1.2.4.2.2.                    riba an-nasiah: pertambahan yang berlaku kerana menangguhkan tempoh bayaran

11.1.2.4.3.  Hikmah Pengharaman Riba

11.1.2.4.3.1.                    membanteras kezaliman dan penindasan sesama manusia

11.1.2.4.3.2.                    mewujudkan kestabilan ekonomi

11.1.2.4.3.3.                    melahirkan sikap bantu-membantu dan tolong menolong

11.1.2.4.3.4.                    mencegah sifat pentingkan diri sendiri

 

11.1.2.5.        Makan Harta Anak Yatim

11.1.2.5.1.  anak yatim ialah kanak-kanak yang kematian bapa sebelum umur baligh

11.1.2.5.2.  menjaga harta anak yatim adalah amanah dari Allah

11.1.2.5.3.  Sebab Dilarang Makan Harta Anak Yatim

11.1.2.5.3.1.                    anak yatim akan kehilangan punca pendapatan apabila dewasa

11.1.2.5.3.2.                    mengelakkan anak yatim hidup terbiar kerana tiada harta

11.1.2.5.3.3.                    mengelakkan berlakunya permusuhan yang memeutuskan silaturahim

11.1.2.5.3.4.                    mencabuli hak anak yatim sebagai pewaris harta

 

11.1.2.6.        Lari Dari Medan Perang

11.1.2.6.1.  perang jihad ialah peperangan antara orang Islam dengan kafir bagi mempertahankan kesucian agama Islam

11.1.2.6.2.  setiap rakyat yang baligh dan berakalserta berkeupayaan menyertai jihad wajib mempertahankan kesucian Islam

11.1.2.6.3.  orang yang lari dari medan perang adalah berdosa besar

11.1.2.6.4.  Akibat Lari Dari Medan Perang

11.1.2.6.4.1.                    dipandang hina

11.1.2.6.4.2.                    umat Islam ditindas

11.1.2.6.4.3.                    balasan neraka

11.1.2.6.4.4.                    merendah martabat agama dan umat

 

11.1.2.7.        Mengumpat Dan Memfitnah

11.1.2.7.1.  mengumpat bererti mengata atau menceritakan keburukan seseorang semasa ketiadaannya dan boleh menimbulkan kemarahan apabila dia mendengarnya

11.1.2.7.2.  memfitnah ialah melemparkan tuduhan kepada seseorang tanpa bukti

11.1.2.7.3.  Sebab Mengumpat Dan Memfitnah

11.1.2.7.3.1.                    ingin lihat orang menderita dan susah

11.1.2.7.3.2.                    tidak mahu mengakui kelebihan orang

11.1.2.7.3.3.                    takut persaingan hidup

11.1.2.7.3.4.                    sikap buruk sangka terhadap orang

11.1.2.7.4.  Akibat Mengumpat Dan Memfitnah

11.1.2.7.4.1.                    dibenci dan dipandang hina

11.1.2.7.4.2.                    berlaku pergaduhan dan permusuhan

11.1.2.7.4.3.                    masyarakat Islam mundur

11.1.2.7.4.4.                    hidup menderita dunia dan akhirat

11.1.2.7.5.  Cara Mengatasinya

11.1.2.7.5.1.                    menyemai kasih sayang sesama Islam

11.1.2.7.5.2.                    reda dengan ketentuan Allah

11.1.2.7.5.3.                    sentiasa muhasabah diri

11.1.2.7.5.4.                    meningkatkan diri dengan ilmu pengetahuan dan beramal soleh

 

11.2.                    Dosa-Dosa Besar Yang Membawa Kehancuran Umat

 

11.2.1.  Minum Arak Dan Menagih Dadah

11.2.1.1.        arak ialah minuman yang memabukkan yang diperbuat daripada buah yang diperam

11.2.1.2.        Faktor Minum Arak

11.2.1.2.1.  arak mudah didapati

11.2.1.2.2.  terpengaruh dengan rakan yang liar

11.2.1.2.3.  tiada penguatkuasaan undang-undang

11.2.1.3.        dadah pula ialah sejenis bahan yang mengkhayalkan dan menghilangkan daya fikir seseorang

11.2.1.4.        hukuman hudud terhadap peminum arak ialah disebat 40X

11.2.1.5.        Hikmah Pengharaman Arak Dan Dadah

11.2.1.5.1.  menjaga kewarasan akal fikiran

11.2.1.5.2.  elak berlaku pergaduhan dan permusuhan

11.2.1.5.3.  kekalkan kesihatan fizikal dan mental

11.2.1.5.4.  mengelak penyakit berbahaya seperti AIDS dan sebagainya

11.2.1.6.        Langkah Pencegahan

11.2.1.6.1.  menagmbil tindakan undang-undang terhadap pihak terlibat

11.2.1.6.2.  iba bapa hendaklah prihatin dengan kehidupan anak-anak

11.2.1.6.3.  kempen tentang bahaya arak dan dadah

11.2.1.6.4.  amal gaya hidup sihat dengan adakan aktiviti kemasyarakatan, riadah dan sebagainya

11.2.1.7.        Kesan Minum Arak Dan Menagih Dadah

11.2.1.7.1.  Terhadap Individu

11.2.1.7.1.1.                    membazir wang, masa, harta

11.2.1.7.1.2.                    menjatuhkan maruah diri dan keluarga

11.2.1.7.1.3.                    terdedah kepada jenayah

11.2.1.7.1.4.                    lalai daripada mengingati allah

11.2.1.7.2.  Terhadap Negara Dan Masyarakat

11.2.1.7.2.1.                    menjadi mundur dan tidak tenteram

11.2.1.7.2.2.                    banyak wang negara dihabiskan bagi sediakan pusat pemulihan

11.2.1.7.2.3.                    hilang tenaga kerja yang boleh membangunkan masyarakat

11.2.1.7.2.4.                    terdedah kepada penjajahan dan penindasan kuasa asing

 

11.2.2.  Zina

11.2.2.1.        zina ialah melakukan persetubuhan haram antara lelaki dengan perempuan tanpa ikatan yang sah

11.2.2.2.        Faktor Zina

11.2.2.2.1.  kurang pendidikan agama

11.2.2.2.2.  pergaulan bebas lelaki dan perempuan

11.2.2.2.3.  mengunjungi tempat maksiat

11.2.2.2.4.  membaca dan menonton bahan lucah

11.2.2.3.        Kesan Zina

11.2.2.3.1.  menjatuhkan maruah diri dan keluarga

11.2.2.3.2.  mendapat kemurkaan Allah dan mengundang bala

11.2.2.3.3.  penyakit berbahaya seperti AIDS, siflis dan sebagainya

11.2.2.3.4.  lahir generasi keluarga yang tidak jelas keturunannya

11.2.2.4.        Hukuman Penzina

11.2.2.4.1.  penzina yang berkahwin dengan cara sah (muhsin) direjam hingga mati

11.2.2.4.2.  penzina yang belum berkahwin disebat 100X sebatan

 

11.2.3.  Menuduh Zina (Qazaf)

11.2.3.1.        menuduh seseorang yang baik berzina tanpa 4 orang saksi yang adil

11.2.3.2.        hukumannya 80X sebatan

11.2.3.3.        Syarat Dikenakan Hukuman Kepada Penuduh Zina:

11.2.3.3.1.  berakal

11.2.3.3.2.  baligh

11.2.3.3.3.  atas kemahuan sendiri (tidak dipaksa)

11.2.3.3.4.  mengetahui haramnya qazaf

11.2.3.3.5.  bukan bapa atau datuk kepada yang dituduh

 

11.2.4.  Liwat Dan Musahaqah

11.2.4.1.        liwat ialah hubungan sejenis antara lelaki dengan lelaki (homoseks/gay)

11.2.4.2.        musahaqah ialah hubungan antara perempuan dengan perempuan (lesbian)

11.2.4.3.        Faktor Berlakunya Liwat Dan Musahaqah

11.2.4.3.1.  terpengaruh dengan budaya liar

11.2.4.3.2.  membaca dan melihat bahan lucah

11.2.4.3.3.  tiada undang-undang tegas

11.2.4.3.4.  kurang didikan dan pengetahuan agama

11.2.4.4.        Akibat Liwat Dan Musahaqah

11.2.4.4.1.  institusi perkahwinan runtuh

11.2.4.4.2.  dijangkiti penyakit seperti AIDS dan siflis

11.2.4.4.3.  dapat balsan azab di akhirat

11.2.4.4.4.  maruah diri, masyarakat, agama tercemar

 

11.2.5.  Membunuh Diri

11.2.5.1.        melakukan perbuatan yang boleh memisahkan roh daripada jasad sendiri

11.2.5.2.        Punca Bunuh Diri

11.2.5.2.1.  kecewa dengan rahmat Allah

11.2.5.2.2.  anggap bahawa bunuh diri jalan penyelesaian terhadap masalah

11.2.5.2.3.  tidak sanggup menghadapi kegagalan hidup

11.2.5.3.        Cara Mengatasi Bunuh Diri

11.2.5.3.1.  hendaklah yakin dengan rahmat Allah

11.2.5.3.2.  berusaha memajukan diri dengan syariat Islam

11.2.5.3.3.  memberi pendidikan agama sejak kecil

11.2.5.3.4.  mengingati bahawa dunia adalah sementara, akhirat adalah kekal abadi


Pendidikan Islam Tingkatan 4
www.jombelajar.co.cc
admin@jombelajar.co.cc
Comments