Pendidikan Islam‎ > ‎Tingkatan 4‎ > ‎

Bab 10 Perkara-perkara yang Membatalkan Iman

Bab 10 Perkara-perkara yang Membatalkan Iman

 

10.  Perkara-Perkara Yang Membatalkan Iman

 

10.1.                    Pengertian Iman

10.1.1.  iman dari segi bahasa bererti percaya. Menurut istilah ahli sunnah wal jamaah ialah membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota

10.1.2.  Kepentingan Dan Keperluan Iman Dalam Kehidupan

10.1.2.1.        membentuk keperibadian Muslim sejati

10.1.2.2.        berani tegakkan kebenaran

10.1.2.3.        sabar dan reda menghadapi rintangan dan dugaan

10.1.2.4.        pencetus semangat jihad

 

10.2.                    Perkara Yang Membatalkan Iman

10.2.1.  syirik

10.2.2.  kufur

10.2.3.  riddah

10.2.4.  khurafat

10.2.5.  sihir

10.2.6.  nifak

 

10.3.                    Syirik

10.3.1.  syirik ialah menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan perbuatan-Nya

10.3.2.  syirik boleh berlaku melalui pemujaan, penyembahan atau permintaan kepada sesuatu selain dari Allah

10.3.3.  bahagian syirik

10.3.3.1.        syirik jali: perlakuan syirik terang-terangan seperti sembah berhala, bulan dan sebagainya

10.3.3.2.        syirik khafi: tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat atau syirik secara sembunyi seperti percaya kepada tangkal, riak, ujub, takbur

 

10.4.                    Kufur

10.4.1.  kufur bererti tidak percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

10.4.2.  orang yang melakukannya adalah kafir

10.4.3.  Bahagian Kufur

10.4.3.1.        kufur hakikat: ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa Rasulullah. Contoh: tidak mengakui adanya balasan di akhirat, tolak hukum yang ada dalam al-Quran dan menyatakan solat membuang masa

10.4.3.2.        kufur nikmat: mengingkari pencipta atau Allah sebagai pemberi nikmat kepada maknusia dan makhluk ciptaan-Nya seperti guna nikmat ke jalan maksiat, tidak keluarkan zakat/sedekah dan sebagainya

10.4.4.  Faktor2 Kufur

10.4.4.1.        pegangan agama lemah

10.4.4.2.        terpengaruh dengan hawa nafsu tg ingin keseronokan dan kebebasan

10.4.4.3.        terlalu mengejar kesenangan dunia hingga ketepikan agama

10.4.4.4.        kesempitan hidup menyebabkan seseorang sanggup melakukan perbuatan kufur untuk memenuhi keperluan hidup

 

10.5.                    Riddah

10.5.1.  riddah bererti berpaling atau keluar daripada agama Islam. Orang yang keluar agama Islam dihukum murtad

10.5.2.  Murtad Boleh Berlaku Dalam 3 Perkara:

10.5.2.1.        iktikad (hati): berniat hendak keluar Islam

10.5.2.2.        perkataan: mengisytihar keluar Islam

10.5.2.3.        perbuatan: menganut agama selain Islam

10.5.3.  Faktor Riddah:

10.5.3.1.        lemah pegangan agama

10.5.3.2.        jahil tentang akidah dan hukum-hakam Islam

10.5.3.3.        terpengaruh dengan tawaran kebendaan

10.5.3.4.        tidak bimbingan memahami Islam

10.5.4.  Kesan Riddah

10.5.4.1.        perkahwinan terbatal

10.5.4.2.        haram menerima harta pusaka daripada waris beragama Islam

10.5.4.3.        hartanya haram dipusakai oleh ahli waris beragama Islam

10.5.4.4.        menjadi penghuni neraka selama-lamanya

10.5.5.  Cara Menangani Orang Murtad

10.5.5.1.        memberi nasihat supaya bertaubat dan kembali kepada Islam

10.5.5.2.        memberi perlindungan atau bantuan sekiranya dia golongan muallaf

10.5.5.3.        melaksanakan hukum hudud (bunuh)

10.5.6.  Hikmah Hukuman Bunuh Kepada Orang Murtad

10.5.6.1.        memberi amaran bahawa Islam tidak boleh dipermainkan

10.5.6.2.        menghindar masyarakat Islam daripada huru-hara dan berpecah-belah

10.5.6.3.        menghalang perbuatan yang mencemarkan kesucian Islam dan perkara-perkara yang memburukkannya

 

10.6.                    Khurafat

10.6.1.  khurafat ialah kepercayaan karut yang bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat Islam

10.6.2.  Contoh Perbuatan Khurafat

10.6.2.1.        mempercayai azimat atau tangkal boleh memberi kesan kepada pemakainya

10.6.2.2.        membuang anjak bagi menghalau hantu

10.6.2.3.        mempercayai suara burung hantu boleh membawa tuah atau sial

10.6.2.4.        mempercayai kubur yang dianggap keramat

10.6.3.  Faktor Khurafat Masih Berterusan

10.6.3.1.        iman kurang matap terhadap Allah

10.6.3.2.        terpengaruh dengan masyarakat yang biasa amalkan khurafat

10.6.3.3.        ambil langkah mudah cepat kaya

10.6.3.4.        wujud tempat pemujaan khurafat

10.6.4.  Cara Mengatasi Khurafat

10.6.4.1.        menggiatkan usaha dakwah dan majlis ilmu

10.6.4.2.        mengenakan hukuman berat terhadap pihak yang terlibat

10.6.4.3.        memberi kesedaran tentang keburukan khurafat

10.6.4.4.        mengawasi dan menghapuskan tempat yang dianggap keramat

10.6.5.  Kesan Buruk Khurafat

10.6.5.1.        menyebabkan syirik dan  terbatal iman

10.6.5.2.        membazir masa, tenaga, harta

10.6.5.3.        masyarakat mundur dengan khayalan sia-sia

10.6.5.4.        menyekat akal berfikir logik dan sistematik

 

10.7.                    Sihir

10.7.1.  sihir ialah ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus  melalui pertolongan makhluk ghaib iaitu dengan bantuan jin dan syaitan

10.7.2.  sihir bertujuan memudarat dan mengelirukan manusia

10.7.3.  Akibat Sihir

10.7.3.1.        merosakkan akidah dan membatalkan iman

10.7.3.2.        memecah belah masyarakat dan menimbulkan fitnah

10.7.3.3.        pengamal sihir takbur dan berani berlaku zalim

10.7.3.4.        membazir wang, masa, tenaga

 

10.8.                    Nifak

10.8.1.  nifak bererti berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah

10.8.2.  orang yang melakukannya digelar munafik

10.8.3.  Ciri-Ciri Munafik

10.8.3.1.        bercakap bohong

10.8.3.2.        khianat apabila diberi amanah

10.8.3.3.        mungkir janji

10.8.3.4.        melampaui batas apabila bertengkar

10.8.4.  Akibat Buruk Munafik

10.8.4.1.        menghilangkan sikap percaya-mempercayai

10.8.4.2.        melemahkan perpaduan masyarakat

10.8.4.3.        menghancurkan kekuatan umat Islam

10.8.4.4.        menghalang usaha pembangunan masyarakat Islam


Pendidikan Islam Tingkatan 4
www.jombelajar.co.cc
admin@jombelajar.co.cc
Comments