BERITA
Updated Apr 7, 2014, 9:35 PM
Halaman yang digunakan utk berita sahaja
Use template

Aplikasi Online

LAPORAN


Mesyuarat Jawatankuasa Guru Perpustakaan &Media Daerah Sepang

posted Oct 16, 2012, 9:40 PM by Farah Hamisan

 Mesyuarat Jawatankuasa Guru Perpustakaan & Media Daerah Sepang telah diadakan pada 11 Oktober 2012 bermula dari pukul 3.00 petang hingga 5.00 petang  yang telah dihadiri oleh guru-guru dari Derah Sepang dan pegawai-pegawai PKG Sungai Pelek dan PKG Salak.


Bengkel Suntingan Video Daerah Sepang

posted Oct 16, 2012, 9:29 PM by Farah Hamisan

     Bengkel Suntingan Video telah di adakan di PKG Salak pada 20 September 2012 dan telah dihadiri oleh guru-guru dari Daerah Sepang.  
Bengkel telah berjaya disampaikan oleh En Arif Bin Harun dan En Mohamad Samso
lri Bin Ismail.

Bengkel Simulasi SSQS Daerah Sepang

posted Oct 16, 2012, 9:02 PM by Farah Hamisan   [ updated Oct 16, 2012, 9:41 PM ]


     Bengkel Simulasi SSQS telah di adakan di PKG Salak pada 4hb September 2012.  Seramai 47 orang guru ICT telah hadir dari sekolah-sekolah Daerah Sepang.  Taklimat tersebut telah disampaikan oleh En Arif Bin Harun.  Bengkel di akhiri oleh perbincangan hal-hal lain oleh En Khairul Nizam Bin Ahmad Husaini dari Unit ICT, PPD Sepang.  Ketua Penolong Pengarah BTPN Selangor, En Mohd Nor Bin Abu telah datang membuat lawatan ketika bengkel berlangsung.

PROGRAM "OUTREACH" PEMBESTARIAN SEKOLAH DAERAH SEPANG

posted Jun 13, 2012, 11:42 PM by Farah Hamisan   [ updated Jun 14, 2012, 5:29 PM by Mohammad Arif Harun ]

Program Outreach Pembestarian Sekolah telah diadakan pada 13 Jun 2012 bertempat di SK Taman Pantai Sepang Putra, Sungai Pelek. Ia adalah merupakan salah satu inisiatif sekolah pemangkin untuk membantu menaikkan pencapaian penarafan sekolah-sekolah kelompok 1 dan 2 bintang dan meningkatkan pencapaian sekolah 3 bintang ke tahap yang lebih tinggi.

Sebanyak 8 buah sekolah dalam daerah Sepang terlibat dalam program ini. Di antara sekolah yang terlibat adalah 4 buah sekolah zon PKG Sg. Pelek iaitu 
 SK Taman Pantai Sepang Putra sebagai sekolah pemangkin manakala SMK Pantai sepang Putra, SK Methodist (INTEG)(M) dan SJKT Sepang pula sebagai sekolah kelompok. Sekolah-sekolah bagi zon PKG Salak pula terdiri dari Sekolah Seri Puteri sebagai sekolah pemangkin manakala SMK Dato' Abu Bakar baginda, SK Bandar Baru Salak Tinggi dan SK Jenderam sebagai sekolah kelompok.
Peserta yang terlibat terdiri dari Pengetua/Guru Besar dan Guru Penyelaras Bestari. Guru-guru daripada SK Taman Pantai Sepang Putra dan Sekolah Seri Puteri telah berkongsi ilmu dalam usaha sekolah mereka untuk pempertingkatkan tahap pembestarian sekolah.

Program ini juga turut dijayakan dengan kehadiran Pegawai Pelajaran Daerah Sepang, Tn. Haji Mat Jah Bin Roslan dan pegawai BTPN Selangor iaitu En Mohd Nasir Ibrahim dan En. Mohd Lazim. Semoga SSQS 2012 di daerah ini akan terus menuju ke arah 5 bintang.

Mesyuarat Jawatan Kuasa GPM Daerah Sepang Bil1/2012

posted May 7, 2012, 9:07 PM by Mohammad Arif Harun

Mesyuarat Jawatan Kuasa GPM daerah Sepang telah diadakan pada 9hb Mac 2012 di Sekolah Menengah Vokasional Sepang. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En. Muhammad Samsolri Bin Ismail, Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Sslak . Turut hadir ialah Siti Aishah Binti Aziz, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Sepang, Unit Kemanusiaan. Jumlah peserta seramai 53 orang Guru Perpustakaan dan Media  dari sekolah-sekolah daerah Sepang.

  
 
 
 
 

Bengkel Kemahiran Kompilasi Dan Penggunaan Bahan Eduweb TV dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

posted May 3, 2012, 6:25 PM by Mohammad Arif Harun

Bengkel Kemahiran Kompilasi Dan Penggunaan Bahan Eduweb TV dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (TEKNOPEN) bagi daerah Sepang telah diadakan pada 10 April 2012. Aktiviti ini telah dilangsungkan bermula jam 8 pagi hingga 5 petang bertempat di Pkg Salak. Melibatkan semua GPM dari seluruh daerah Sepang seramai 50 orang.

Bengkel Pentafsiran Instrumen SSQS Daerah Sepang.

posted May 3, 2012, 6:22 PM by Mohammad Arif Harun

Bengkel Pentafsiran Instrumen SSQS bagi sekolahsekolah daerah Sepang telah diadakan di Pkg Salak pada 17.4.2012. Seramai 50 orang guru telah menghadiri bengkel tersebut .

Bengkel Mengoptimumkan Penggunaan TMK Dalam P&P Daerah Sepang

posted May 3, 2012, 6:19 PM by Mohammad Arif Harun

Bengkel Mengoptimumkan Penggunaan TMK dalam PnP telah di adakan di Pkg Salak pada 12 hingga 13 April 2012. Seramai 50 orang guru ICT telah hadir dari sekolah-sekolah Daerah Sepang. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh En Munir dan En Wahi dari BTPN Selangor.

    

Bengkel Peningkatan Kompetensi Pengurusan PSS Daerah Sepang

posted May 3, 2012, 6:15 PM by Mohammad Arif Harun

Bengkel Peningkatan Kompetensi Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Daerah Sepang telah diadakan di PKG Salak. Seramai 50 orang Guru Perpustakaan Dan Media telah hadir pada 3.4.2012.
Di antara pengisian bengkel adalah:
  1. Pengurusan Fail : mengikut format Jemaah Nazir berikutan lawatan nazir ke Sekolag Berprestasi Tinggi.
  2. Pengurusan Rekod : membangunkan sistem rekod penggunaan/pinjaman [peralatan/bahan oleh guru
  3. Pengurusan NILAM : tunjuk cara mengemaskini data iNILAM.
  4. Penilaian Kendiri: Penilaian PSS secara kendiri menggunakan Instrumen Penilaian PSS (format BTP 2011)
_SC_0151  _SC_0140  _SC_0144  _SC_0145  

Mesyuarat Jawatan Kuasa GPB/GICT Daerah Sepang Bil1/2012

posted May 3, 2012, 5:43 PM by Mohammad Arif Harun   [ updated May 3, 2012, 5:58 PM ]

Mesyuarat Pengurusan GPB/GICT daerah Sepang telah diadakan pada 29hb Februari 2012 di PKG Salak. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En. Mohammad Arif Bin Harun, Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Sg Pelek . Turut hadir ialah En. Khairul Nizam Bin Ahmad Khusaini, Pegawai ICT, PPD Sepang. Jumlah peserta seramai 54 guru-guru dari zon Sepang.


DSC_0556 DSC_0558  DSC_0559  
DSC_0560   DSC_0561  DSC_0562  
DSC_0563  DSC_0564   
 

1-10 of 11