B-Best Beyond Excellence WOW!!!
Bilangan Pelawat
MAKLUMAT ASAS B-BEST
Nama : Sekolah Menengah Kebangsaan Binjai
Kod : TEA2035
Alamat : Lot 3839 Sri Jaya, Mukim Binjai, 24000 Kemaman Terengganu
No Tel : 09-8597750
Email : TEA2035@moe.edu.my
Facebook : smkbinjaikmn.official
Bilangan Guru : 76 orang
Bilangan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) : 11 orang
Jumlah Pelajar : 1020 orang
VISI : Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
MISI : Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara
MOTTO : Berilmu Bertaqwa
SLOGAN : B-best Beyond Excellence WOW!
Sekolah Menengah Kebangsaan Binjai ditubuhkan pada 1 Januari 2005 dengan kos RM14 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-8. Terdapat 5 blok bangunan yang dinamakan Alamanda, Bakawali, Cempaka, Dahlia dan Anggerik. SMK Binjai juga mempunyai sebuah dewan yang dinamakan Dewan Seri Jaya Gemilang. Tahun pertama beroperasi sekolah ini mempunyai seramai 26 orang guru dan 5 orang staf sokongan. Pada tahun pertama pembukaannya terdapat 11 buah kelas dengan bilangan pelajar seramai 385 orang. Mereka terdiri daripada pelajar tingkatan satu yang kebanyakkannya terdiri daripada pelajar asrama Yayasan Terengganu. Manakala pelajar Tingkatan dua pula merupakan pelajar dari SMK Chukai yang tinggal di sekitar Kampung Binjai.
Pada tahun 2009, SMK Binjai mempunyai bilangan pelajar seramai 1105 orang iaitu seramai 503 orang lelaki dan 602 orang perempuan. Bilangan guru adalah seramai 68 orang. Pada tahun 2010, SMK Binjai telah dikenali dengan nama B-BEST iaitu “ Binjai Beyond Excellent School in Terengganu” SMK Binjai terletak di Lot 3839 Sri Jaya, Mukim Binjai Kemaman. Jarak perjalanan dari SMK Binjai ke bandar Chukai ialah sejauh 7.5 km.
Sehingga kini, SMK Binjai telah ditadbir oleh orang 9 orang pengetua iaitu Cikgu Rabiah binti Abdul Samad (01.03.2005 hingga 30.06.2006), Cikgu Tuan Md Idrus bin Che Man (01.07.2006 hingga 09.04.2011), Cikgu Nong Shamshiah binti Mukhtar Affandi (10.04.2011 hingga 01.11.2014), Cikgu Tuan Husin bin Mohd Nor (01.12.2014 hingga 16.12.2015), Cikgu Mazidah binti Che Embong (16.12.2015 hingga 01.12.2018), Cikgu Abdul Rahman bin Tahar (16.12.2018 hingga 11.03.2020) ,Cikgu Noraini binti Hassan (10.05.2020 hingga 03.06.2023), Cikgu Sharifah Rohaya binti Syed Yahya (04 Jun 2023 hingga 23 Januari 2026) dan terkini Cikgu Khairul Anwar bin Mohd Yasin (25 Januari 2026).
Megah Berdiri Binjai Bestari Disanjungi Putera Puteri Menjayakan Wawasan Kami Binjai Berbakti Kami Berjanji
Melangkah Gagah Binjai Bertuah Mara Menjunjung Cita-cita
Berganding Teguh Membangunkan Negara Dunia ICT Diteroka
Berilmu Bertaqwa Berkat Ayuhlah Angkat Martabat
Semangat Kental Berjiwa Merdeka
Rahmat Melimpah Binjai Berjaya
Ilmu Kami Tingkat Kemajuan Binjai Disanjung Sepanjang Zaman Semangat Terpahat Kukuh Membara
Muafakat Luhur Insan Mulia Muafakat Luhur Insan Mulia
Lot 3839 Sri Jaya, Mukim Binjai, 24000 Kemaman Terengganu
PAUTAN PANTAS