SELAMAT MAJU JAYA MENDUDUKI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2025 KEPADA BATCH XXIIORA!!
Selamat datang ke laman web rasmi Sekolah Menengah Sains Alam Shah.
"Menzahirkan Pemimpin Bertaraf Dunia"
(Moto Sekolah)
Klik untuk melihat halaman memoir khas direka mengenai En. Jasmi sempena kenaikan pangkat beliau: ➔
Sekolah Menengah Sains Alam Shah (SMSAS), ataupun ASiS (singkatan bagi nama bahasa Inggeris, Alam Shah Science School) merupakan sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) & Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang terletak di Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Dasar pendidikan di ASiS adalah untuk memberikan pendidikan kepada kaum-kaum bumiputera berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk menjadikan mereka warganegara yang memiliki cara hidup yang dinamik, kreatif, inovatif, produktif, dan pragmatis bagi memenuhi kehendak negara yang sedang membangun melalui penggunaan Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) serta penekanan kepada ilmu Sains & Teknologi.