::Selamat datang :: kopisanangan korikatan:: welcome :: kamus dusun online : :

Pautan

Utama

Perbualan Asas

Kamus Online

Zaini Blog


=========================

Web Update !!

+++++++++++++++++++++++++

Dec 22-Web di kemaskini dan sedia untuk dilayari..selamat belajar bahasa dusun :)

Dec 23- Penambahan di bahagian Perbualan asas..


free counter with statistics

 Pengenalan

Selamat datang ke Laman kamus online bahasa dusun…laman ini di bangunkan khas untuk anda yang berminat mempelajari bahasa dusun dan juga ramaja berbangsa dusun yang sejak kebelakangan ini tidak lagi bertutur dalam bahasa dusun dan penguasaan mereka dalam bahasa ibunda sangat lemah..

Segala sumbangan daripada rakan² berbangsa Kadazan-Dusun adalah amat di alu-alukan,

Bahasa Dusun

Bahasa dusun di ungkapkan dan di pertuturkan dalam berbagai dialek, ini di pengaruhi oleh daerah asal orang yang bercakap itu, namun dialek yang akan di paparkan dalam siri Kamus Dusun Online ini adalah daripada Dialek ‘Sokid’ yang kebanyakannya di gunakan oleh kaum dusun dari kawasan Kiulu, Tamparuli, sebahagian Kota Kinabalu, sebahagian Ranau, Tuaran dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Namun demikian, perbezaan dari segi bahasa sangat sedikit, kalau ada pun perbezaan, ianya boleh difahami oleh orang yang boleh bertutur dalam bahasa dusun. Apa yang berbeza di sini hanyalah dialek, atau pun gaya percakapan, ianya berbeza dari segi kelajuan percakapan, dan lenggok bahasa.

 Untuk pengetahuan para pembaca, kaum dusun, dan kaum kadazan kini di kenali sebagai kadazan-dusun, untuk mengelakkan perpecahan, ini kerana di antara dusun dan kadazan, tidak ada perbezaan dari segi adat dan tradisi, Cuma perbezaan pada gaya bahasa, itupun Cuma sedikit, kerana kedua-dua dialek boleh  difahami bagi sesiapa yang bertutur dalam bahasa kadazan atau bahasa dusun.

 Bagi yang berminat menyumbang kepada pembangunan laman web ini, boleh lah menghantar email kepada zainijimmy at gmail dot com

Diharap dengan penubuhan laman web ini, penguasaan bahasa dusun di kalangan remaja dusun dapat di perbaiki dan juga membantu rakan-rakan berbangsa lain yang berminat mempelajari bahasa dusun .

 Sekian, Bahasa Jiwa Bangsa..jangan Dusun Hilang Di Dunia

 

Pengarang

Mohd Zaini Jimmy Ganggang

22 December 2006