BARANG DIINGATKAN BAHAWA PETUA ADALAH PENGALAMAN YANG TIDAK DAPAT DIBUKTIKAN SECARA KLINIKAL DAN IANYA BOLEH JADI BENAR ATAU PUN TIDAK.
RAWATAN MATI PUCUK
Mati pucuk/lemah syahwat/ Impoten adalah hantu bagi setiap laki2. Mati pucuk boleh disebabkan berbagai hal, maka sebelum memakai ramuan ini carilah dulu sebab-sebabnya. Hal ini lebih mempercepat proses penyembuhan. Misalnya karana kejiwaan maka berjumpalah dengan ahli saikologi. Kalau hal biasa, gunakan ramuan dibawah ini.
PETUA 1
20 gram lada hitam 10 gram bawang putih
5 gram kunyit
10 gram madu asli
2 biji telur ayam kampung
CARANYA;
Lada hitam dan bawang putih ditumbuk halus jadi satu. kemudian di campur dengan air secukupnya.
Diminum menjelang tidur malam dan pagi hari. Lakukan sebulan penuh, setelah itu 2 kali dalam seminggu. Hilangkan rasa was-was dan rendah diri. Optimis dan rasa percaya diri akan mempercepat penyembuhan anda.
PETUA 2
Bawang putih 5 ulas
Bawang merah 5 ulas
Telur ayam kampung 3 biji
CARANYA;
Bawang merah dan putih ditumbuk halus. Telur diambil kuningnya saja, semua bahan kemudian dikukus atau ditim 1/2 matang.
PENGGUNAAN;
Dimakan setiap pagi hari, lakukan selama 1 bulan supaya mendapat hasil yang menakjubkan.