SCT Saujana Puchong Home
Signature Campaign Teamwork - Perlindungan alam sekitar bermula di Saujana Puchong
Sila pergi ke Blog SCT-Saujana Puchong Untuk Berita Terkini “Kejujuran, keadilan dan keikhlasan adalah polisi terbaik” Bersama kami menyayangi alam semulajadi dan melindungi hutan simpanan, walaupun kami sedar keperluan tapak perkuburan, tetapi ia patut dilaksanakan secara adil dan munasabah.
Dalam perancangan ini, MPSJ hanya memberitahu dua (2) buah rumah sahaja daripada lebih kurang sepuluh ribu (10,000) buah rumah kediaman, ini cukup menunjukkan cara kerajaan merancangkan sesuatu adalah tidak sempurna. Kami sudah tidak boleh tahan dengan polisi kerajaan yang tak telus dan tak adil, pihak berkuasa harus mementingkan perasaan rakyat sebelum membuat perancangan untuk memupukkan unsur demokrasi dimana prinsip “kerajaan dibina rakyat” dapat dicorakkan dalam wawasan 2020. Jawapan yang diberikan oleh Menteri Besar iaitu “kawasan puchong memerlukan tapak perkuburan, tiada tempat gentian lagi selain tempat HSAH”, kami tidak boleh menerima jawapan sebegini dan tidak percaya bahawa tiada tempat gantian yang lebih sesuai di seluruh Negeri Selangor.
Perancangan ini bukan sahaja menjatuhkan nilai harga rumah, maka ia akan membawa kesan negatif kepada kesihatan penduduk dengan tapak perkuburan pelbagai kaum yang adanya tempat bakar mayat. Dari segi alam sekitar, cuba tengok kejadian banjir besar di Negeri Johor, kes tanah runtuh rapat berlaku dan cuaca bumi yang tidak stabil, semua ini sudah cukup memberi amaran kepada kerajaan supaya membuat sesuatu melindungi sebanyak boleh perhutanan yang sedia ada untuk mencapai keseimbangan antara pembangunan dan perlindungan alam semulajadi, demi menjamin kesihatan kanak-kanak dari masalah pernafasan seperti asthma semakin meningkat sebab kekurangan “green lung”.
Cuba pandangkan masalah yang dihadapi oleh penduduk Semenyih dimana tapak perkuburan yang berdekatan kawasan perumahan semakin merebak sehingga penduduk mengalami masalah ancaman hidup dari segi suasana dan kesesakan lalulintas yang begitu serious, Oleh itu penduduk kita memang cuba sedaya upaya supaya tapak perkuburan tidak sempat dimulakan langsung. Jika tidak, permulaan tapak kubur ini akan mengorbankan lebih banyak “green lung” di Hutan Simpanan Ayer Hitam. Cuba pandang lagi penduduk di Kota Damansara, mereka hanya boleh menjalankan protest kecil, sedangkan kerajaan negeri masih menghapuskan alam flora dan fauna yang berumur ratus-ratus tahun demi tapak perkuburan. Sedarkah kerajaan kita bahawa masalah suhu bumi yang meningkat dari 28ºC ke 33ºC, mereka harus membuat sesuatu supaya menjamin suasana hidup yang sihat bagi generasi akan datang dengan melindungi sebanyak boleh alam semulajadi.
Penduduk berasa amat kecewa kerana suara bantahan mejoriti sebanyak 86% dari kempen tandatangan diikuti dengan protest berturut-turut, semua ini tidak dipedulikan oleh wakil rakyat yang memujukkan kami mengundi mereka dengan macam-macam jaminan, dalam hal ini, mereka tidak mampu memberi sebarang pertolongan pun. Penduduk terpaksa membawa hal ini ke mahkamah sekurang-kurangnya sempat melindungi HSAH buat masa sekarang, kami masih berasa tidak patut kerana sebagai warganegara yang menyumbangkan cukai terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk menentang kerajaan, lagipun kami tiada keyakinan besar boleh menang kerana taraf perundangan di Malaysia masih dipertikaikan.
Perjuangan SCT dalam melindungi HSAH adalah lebih manfaat dan yakin jika sempat menerima pertolongan daripada sesiapa pun yang mampu dan sudi membantu, hasrat kami hanyalah satu iaitu “pihak berkuasa patut mengalihkan perancangan kubur ini ke suatu tempat gantian yang jauh dari tempat kediaman tanpa mengorbankan alam semulajadi”. (Jika anda berhasrat untuk memberi pertolongan kepada kami, sila hubungi setiausaha kami, En.Yew 012-303 6583) |
Lokasi Tanah PerkuburanYang Dicadangkan di Saujana Puchong Surat Kajian Umum ADUN Selangor tentang cara kerajaan negeri melaksanakan perancangan |
