"Aku hanya ingin bermain catur!"
“All I want to do, ever, is just play Chess”
(Bobby Fischer)
|
"Bermain catur merupakan salah satu hobiku selain membaca dan melancong. Aku pernah mewakili sekolah dahulu pada tahun 1980 tetapi bukanlah seorang pemain catur yang berjaya. Sewaktu belajar di Shah Alam pada tahun 1988, aku pernah menyertai pertandingan catur anjuran Perpustakaan Shah Alam. Tetapi keputusannya tidaklah membanggakan. Sehinggalah pada tahun lepas, 2007, apabila anak sulungku, Fikri, menyertai pertandingan catur yang diadakan di Kolej Sunway, aku mula berjinak-jinak kembali dengan catur. Memandangkan aku perlu menyokong dan menggalakkan anak-anakku bermain catur secara serius, maka aku pun juga mahu terlibat secara serius. Bermula dari hari itu aku mula menelaah dan membaca buku-buku catur untuk meningkatkan permainan aku. Pendek kata, aku dah jadi GiLoCatur! Jika Laszlo Polgar berjaya melatih dan mendidik anak-anak beliau menjadi genius catur, Insya Allah aku juga boleh berjaya mendidik dan melatih ketiga-tiga anakku cemerlang dalam catur. " SALEH Sebagai usaha untuk memperbaiki pengetahuan dan permainan caturku, aku "self-study" dengan membaca dan menelaah buku-buku catur. Buku-buku catur yang aku miliki adalah seperti berikut.
Laman-laman catur tempatan : Laman BLOGku di Blogspot Laman Stonemaster Laman Gi!achess Laman Whitenaval Laman 17ChessClub Laman Kelab Catur Setia Kuantan Laman Hairulov Chessmaniacs Laman Persatuan Catur Selangor / CAS Laman Kids4Chess Laman Minda Catur
|
|
Emelkan sebarang komen / cadangan / pandangan ke sabdlati@gmail.com.
-------------------------------------------------------------------------------------
Copyright ©2008 DOMO68. All rights reserved.
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of DOMO68. Disclaimer.Security and Privacy Policy.




































