ROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN
Walaupun kesan buruk merokok telah di ketahui ramai
namun,bilangan perokok di seluruh dunia tidak melihatkan banyak
penurunan...rakyat negara maju dicatatkan semakin kurang merokok dan
perokok di negara membangun pula semakin meningkat...
*Amerika syarikat menurun 50%...bilangan perokok pada 1965 (42%) dan menurun menjadi (20.8)pada tahun 2006
Dianggarkan 1.1 billion perokok seluruh dunia mengisap 5.5 trilion batang rokok yang dihasilkan setiap tahun...
Asia tenggara mancatatkan 44%lelaki dan 14% wanita yang merokok....
*Rakyat China pula penghisap rokok
yang terbenyak iaitu 1.64 trilion batang rokok berbanding Amerika
Syarikat yang hanya 451 billion batang rokok setahun
Mengapa tembakau
dan merokok menjadi isu utama?
- Tembakau adalah satu-satunya bahan pengguna
yang dibenarkan di sisi-sisi undang-undang tetapi boleh mendatangkan
ketagihan dan membunuh separuh dari penghisapnya
- Asap rokok mengandungi lebih kurang 4000 bahan
kimia beracun
- Lebih kurang 63 dari bahan kimia tersebut
boleh menyebabkan barah
Apakah
jenis-jenis bahan merokok dari tembakau?
Merokok boleh
dalam bentuk berikut :
- Rokok
- Cerut
- Tembakau paip
- Seesha
Adakah
terdapat data mengenai kesan merokok di Malaysia?
- Lebih kurang 50% lelaki Malaysia yang berumur
18 tahun ke atas perokok
- Lebih kurang 20% remaja adalah perokok
- 85 % remaja akhirnya menjadi ketagih kepada
rokok
- Dianggarkan 3,500 dari setiap 10,000 kematian
setiap tahun di Malaysia adalah berkaitan dengan merokok
Apakah
yang menyebabkan ketagihan rokok?
- Rokok mengandungi nikotin yang menyebabkan
ketagihan seperti juga heroin dan kokain
- Menghisap rokok berulang kali boleh
menyebabkan ketagihan
Mengapa
merokok merbahaya?
Merokok merbahaya
kerana :
- Tembakau mempunyai hubungkait yang rapat
sebagai penyebab penyakit seperti barah dan penyakit jantung
- Boleh terjebak dalam penyalahgunaan dadah
Bagaimana
merokok itu membahayakan?
- Asap rokok mengandungi lebih kurang 4000
jenis bahan kimia beracun
- Lebih kurang 63 dari bahan kimia di atas
boleh menyebabkan barah
Adakah
kesan buruk merokok hanya tertumpu kepada perokok atau juga orang lain?
Ya, orang lain
boleh menjadi perokok pasif secara tidak langsung jika :
- Terhidu asap yang keluar dari perokok. Kesan
yang tidak diingini adalah sama iaitu penyakit lelah, penyakit jantung
dsb.
Apakah
bahan kimia yang merbahaya dalam asap rokok?
Daripada 4000
bahan beracun dalam asap rokok, yang biasa dikenali adalah seperti berikut :
- Tar (bahan untuk
membuat jalan raya)
- Ammonia (bahan
dalam pencuci lantai)
- Napthylamine (ubat
gegat)
- Arsenik (racun
anai-anai)
- Nicotine (bahan
yang boleh mendatangkan ketagihan)
- Kadmium (terdapat
dalam bateri)
- DDT (Ubat nyamuk)
- Formaldehyde (untuk
mengawet mayat)
- Butane (gas yang
boleh membunuh)
- Methanol (Bahan
pembakar untuk roket)
- Hydrogen cyanide
(racun)
- Toluene (bahan
pelarut)
- Carbon Monoxide
(gas beracun)
|
|
Apakah
penyakit yang membawa maut dan dikaitkan dengan tabiat merokok?
- Penyakit saluran pernafasan: lebih 10-20 kali
ganda
- Barah paru-paru: lebih 10-15 kali ganda
- Barah payudara: lebih 11 kali ganda
- Barah hidung dan tekak: lebih 5-15 kali ganda
- Barah mulut: lebih 3-15 kali ganda
- Barah saluran makanan : lebih 4-5 kali ganda
- Sakit Jantung: lebih 1.5-3 kali ganda
- Barah Buah Pinggang: lebih 1.5-3 kali ganda
- Ulser Perut: lebih 2 kali ganda
- Angin Ahmar: lebih 2-3 kali ganda
Adakah
perokok pasif kurang bahaya?
Tidak, ianya
lebih merbahaya kerana :
- Berbanding dengan asap yang dihisap
oleh perokok, asap yang disedut oleh perokok pasif mengandungi :
- 2 kali ganda nikotin
- 3 kali ganda tar
- 5 kali ganda karbon
monoksida
- 50 kali ganda bahan
kimia merbahaya
Adakah
undang-undang dan peraturan berkaitan merokok?
Ya, adalah
menjadi kesalahan jenayah bagi remaja untuk merokok, membeli rokok atau
memiliki bahan yang dihasilkan dari tembakau.
Merokok adalah
dilarang di tempat-tempat awam seperti berikut :
- Sekolah
- Hospital dan klinik
- Bangunan-bangunan kerajaan
- Lif
- Kapalterbang
Bila
merokok dianggap sebagai ketagihan?
- Seseorang mengalami rasa tidak selesa
dan ketagih untuk merokok apabila tidak merokok
- Di antara tanda-tanda ketagihan adalah
:
- Tanda fizikal :
- Gelisah
- Menggeletar
- Degupan jantung
lebih laju
- Pernafasan cetek /
tidak dalam
- Corak pemikiran :
- Gian untuk
menghisap rokok
- Berasa risau,
gelisah dan bimbang
- Tidak boleh
menumpukan perhatian
- Corak Emosi :
- Mudah marah
- Mudah runsing
- Rasa bimbang
- Gelisah
- Pola kelakuan :
- Kehadiran ke
sekolah merosot dan kurang disiplin
- Tercicir dari
sekolah
- Perubahan sikap dan
tingkah laku
- Terlibat dalam
kegiatan jenayah seperti mencuri untuk membiayai tabiat merokok
Bagaimana merokok
mendatangkan kesan ke atas tubuh badan anda?
- Mempunyai kedua-dua kesan jangka
pendek dan jangka panjang
- Bahan-bahan kimia yang dibebaskan
daripada rokok boleh merosakkan beberapa organ dalam tubuh badan kita.
Apakah
kesan-kesan jangka pendek?
Otak - Pembebasan
gas karbon monoksida dan pengurangan oksigen menyebabkan otak tidak dapat
berfungsi dengan sepenuhnya
Telinga - Mengurangkan
kadar pengaliran darah boleh menyebabkan pekak
Mata - Mata berair,
radang mata yang boleh mengganggu daya penglihatan
Mulut - Mengalami
deria rasa yang tidak sedap pada bibir,lidah dan tekak
- Nafas berbau
dan mendapat jangkitan mulut
- Gigi menjadi
kuning
Hidung - Mengurangkan
deria bau
Kulit - Mengurangkan
suhu badan, kulit muka cepat berkedut
Paru-paru - Kesukaran
untuk bernafas dan mengurangkan tenaga untuk bersukan
Apakah
kesan-kesan jangka panjang?
- Barah (cth.
paru-paru, payudara, mulut, tekak, dan usus)
- Penyakit Jantung
- Angin Ahmar / Strok
- Penyakit paru-paru
(cth. Penyakit lelah, bronkitis)
- Penyakit mulut dan
gusi
- Ulser (perut,
peptic)
- Osteoporosis
- Kemandulan (tidak
boleh hamil)
- Kurang bernafsu
dalam perhubungan seks
- Mati pucuk
|
|
Selain
membahayakan kesihatan diri, apakah keburukan merokok yang lain?
Merokok juga
boleh mencemarkan persekitaran
- Puntung rokok yang dibuang merata-rata
boleh mencemarkan persekitaran seperti mengakibatkan longkang tersumbat
yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk aedes
- Menyebabkan pencemaran udara
- Perokok pasif (Menyedut/menghidu asap
rokok dari orang lain yang merokok), juga boleh menyebabkan penyakit lelah
di kalangan kanak-kanak
- Menyumbang sebanyak 25% kepada kes
kebakaran
Apakah baiknya berhenti
merokok?
- Pernafasan bertambah baik
- Stamina meningkat
- Lebih sihat
- Lebih diterima oleh masyarakat
- Mengurangkan bahaya merokok terhadap
kesihatan
- Melindungi orang lain dari bahaya
merokok
- Menjimatkan wang
- Melindungi persekitaran
Mengapa susah
untuk berhenti?
- Nikotine dalam tembakau menyebabkan ketagihan
- Kesan merokok yang menyeronokkan (contoh :
merasa lebih segar dan tidak mengantuk) adalah kesan serta merta tetapi
tidak lama (lebih segar , degupan jantung bertambah)
- Merasa letih dan murung apabila tidak merokok
- Merasa gelisah dengan gejala gian yang lain
- Mengatasi gian dan keinginan merokok
Bagaimana cara
berhenti merokok?
- Menyedari anda
mepunyai masalah.
- Membuat keputusan.
- Menetapkan tarikh
berhenti merokok.
- Elakkan pengaruh
untuk merokok.
- Minta bantuan dari
rakan anda.
- Cari aktiviti yang
lebih baik untuk dilakukan.
- Rancang hari hari
tidak merokok anda.
- Bina keyakinan
diri.
- Buat peringatan
bertulis mengingatkan anda untuk berhenti merokok / diari berhenti
merokok
|
|
Petua mengatasi
keinginan merokok.
- Tarik nafas panjang
- Minum air
- Membuat kerja lain
- Mengunyah sesuatu
(seperti gula getah)
- Mandi
- Basuh tangan
- Senaman ringan (
contoh : regangan)
- Sembahyang /
meditasi
|
|
Mengapa anda
perlu berkata "Tidak"?
Adalah penting
berkata "Tidak"
kepada merokok sebelum ia menjadi tabiat atau menjadi ketagih.
Bagaimana anda
berkata tidak kepada merokok?
- Jika semua rakan anda merokok dan anda
tidak mahu seperti mereka, adalah susah untuk mengatakan
"tidak", tetapi menjadi orang yang tidak merokok adalah hak
anda.
- Tiada seorang pun yang mahu
disisihkan, tetapi kesihatan anda adalah lebih penting.
- Strategi yang berlainan mungkin sesuai
untuk orang yang berlainan.
- Sesetengah orang merasa mudah
menyatakan tidak tanpa memberi penjelasan. Orang lain pula berpendapat
memberi penjelasan lebih baik (cth."Saya tidak mahu merokok" atau
"Pakcik saya mati disebabkan merokok")
- Jika anda tidak selesa untuk berkata
tidak kepada kawan-kawan anda, minta ibubapa anda atau orang dewasa lain
membantu anda mengatakan tidak.
- Mungkin seorang remaja boleh berkata
"Bapa saya tidak membenarkan saya merokok" "Jurulatih
bolasepak saya akan membuang saya dari pasukan jika saya merokok" .
- Yang penting anda perlu bertegas bila
berkata "tidak" tanpa melukai hati/perasaan orang lain.
Bagaimana anda
bertegas diri?
- Nyatakan pendirian anda. Beritahu mereka
bahawa anda tidak berhajat untuk merokok.
- Nyatakan alasan anda. Beritahu mereka alasan
anda mengapa tidak merokok.(contoh: merokok membahayakan kesihatan saya).
- Saling memahami. Biarlah orang lain tahu yang
anda memahami perasaan orang lain.
Bagaimana anda
menyampaikan keputusan anda?
- Gunakan kemahiran tanpa lisan yang betul.
(ekspresi muka, gaya badan dsb.)
- Berikut beberapa panduan/petua untuk anda
menjadi lebih tegas.
- Kelantangan suara. Jangan berbisik
atau bercakap tidak jelas. Bercakap dengan nada suara yang jelas dan
meyakinkan.
- Kontak mata. Jangan memandang
ke tempat lain apabila bercakap dengan seseorang. Pandang terus ke mata
seseorang semasa bercakap
- Ekspresi muka . Pastikan ekspresi
muka anda bersesuian dengan apa yang anda perkatakan.(contoh jangan
senyum ketika anda hendak memberitahu yang anda marah).
- Jarak. Tentukan jarak
yang sesuai apabila anda bercakap dengan seseorang. (sebagai contoh,
berada dijarak yang jauh jika anda hendak beredar atau berada dijarak
yang dekat untuk menimbulkan kemesraan.
Bagaimana
mengatakan "Tidak"?
|
Teknik
|
Contoh
|
|
|
- "Tidak"
atau "Tidak, terima kasih."
|
|
|
- "Tidak, terima
kasih, saya tidak merokok"
|
|
|
- "Tidak, terima
kasih, saya perlu pergi segera ke tempat lain."
|
|
|
- Katakan
"tidak" dan teruskan bercakap perkara lain
- "Tidak, terima
kasih. Hey. Anda tengok perlawanan malam tadi tak?"
|
SASARAN INDUSTRI
TEMBAKAU
Pengenalan
- Seramai 8,000 perokok diseluruh dunia
mati setiap hari akibat penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok.
- Untuk mengekalkan keuntungan, industri
tembakau perlu mencari perokok baru bagi menggantikan mereka yang telah
mati.
- Usia muda merupakan sasaran yang
tepat.
- Sekiranya remaja mula merokok, peluang
untuk mereka terus mengekalkan tabiat merokok sehingga dewasa adalah
tinggi.
Apakah matlamat
industri tembakau?
Menipu dan
memutarbelitkan masyarakat supaya merokok.
Terutamanya kanak-kanak dan belia. Belia yang ketagihan merokok,
akan menggantikan perokok dewasa yang telah berhenti merokok atau meninggal
dunia.
Bagaimana
industri tembakau mempengaruhi anda supaya merokok?
Strategi industri
tembakau adalah seperti berikut :
- Lebih matang dan dewasa
- Canggih
- Riang
- Bergaya
- Tenang
- Diterima ramai
Menjadikan rokok
:
- Mudah diperolehi
- Boleh dibeli dengan harga yang murah
- Boleh dibeli dengan satu batang rokok
sahaja
Meyakinkan bahawa
rokok boleh membantu anda :
- Menikmati keseronokan yang lebih
- Merasa lebih tenang
Menyembunyikan
fakta sebenar bahawa rokok :
- Mendatangkan ketagihan
- Membahayakan kesihatan anda
- Menyebabkan kematian lebih awal dari
sepatutnya
Melalui promosi
rokok, menarik belia menghadiri :
- Konsert / panggung wayang
- Majlis / perjumpaan sosial
- Papan iklan
- Media bercetak/ media elektronik
Bagaimana untuk
mengelak dari dipengaruhi industri tembakau?
Adakah anda rasa
marah?
Adakah anda
berminat untuk mendapat maklumat lanjut dan terkini mengenai strategi industri
tembakau?
Adakah anda ingin
membuat sesuatu untuk mengubah keadaan?
Adakah anda ingin
meluahkan rasa tidak puas hati anda?
Adakah anda
bersedia untuk bertindak?
- Jika ya, anda perlu memperkasakan diri anda
- Bagaimana?
- Disini, disenaraikan
kaedah bagaimana menyalurkan kemarahan anda
- Jadilah penggerak
"Anti-Tembakau"
di kalangan remaja
- Suarakan pendapat anda
- Ketahuilah,
sekiranya anda bersatu menentang pengaruh industri
- Berinteraksilah
atas talian (on-line)