Pengumuman

 Borang Pelaporan Tahunan Aktiviti Unit PPDa Sekolah Menengah boleh dimuat turun sekarang.  Sila lihat ruang attachment.
 
Tahniah kepada SK Datuk Haji Baginda atas kejayaan mendapat tempat kedua (Naib Johan) dalam Pertandingan Pengurusan Bilik Sumber PPDa Peringkat Kebangsaan
 
Tahniah kepada guru-guru dan murid-murid yang dianugerahkan Anugerah Alumni PPDa-Petronas 2009.
 
Tahniah Kepada Penulis-penulis Modul Mesej Anti Dadah
 
Tahniah kepada penerima Anugerah Personaliti PPDa Cemerlang Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan yang akan menerima anugerah pada 14 November 2009 di Dewan Bestari Jabatan Pelajaran Melaka
 

Ucapan

Unit Pendidikan Pencegahan Dadah Jabatan Pelajaran Melaka mengucapkan Selamat Hari Raya Haji kepada semua warga JPN, guru-guru sekolah dan pengunjung laman ini.
 
Unit PPDa mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada warga Pendidikan yang lahir pada bulan November.

Sekadar Renungan Bersama

Pernahkan anda berfikir, salah siapakah kalau seorang bekas pelajar kita jadi penagih. Adakah kita salah seorang daripada penyumbang kegagalan hidupnya?
 
Duduk tanpa melakukan sesuatu ada kalanya lebih baik daripada melakukan sesuatu yang menambahkan dosa hidup kita.

Mesyuarat Pengurusan Program Karnival PPDa Negeri Melaka

5 Februari 2009
 
Mesyuarat Pengurusan Program Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah telah diadakan di Bilik Mesyuarat Melati Jabatan Pelajaran Melaka pada 5 Februari 2009. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Tuan Haji Manan Bin Umar Ketua Unit Pendidikan Pencegahan Dadah JPM.
 
Antara perkara yang dibincangkan adalah tentang pengurusan Karnival PPDa peringkat daerah dan negeri serta tarikh - tarikh karnival PPDa.
 
Antara acara yang akan dipertandingkan ialah:
a) Pertandingan Melukis Poster - Sekolah Rendah, Sekolah Menengah Rendah, Sekolah Menengah Atas
b) Pertandingan Mendeklamasi Sajak - Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah
c) Pertandingan Boria - Sekolah Rendah
d) Pertandingan e-PPDa - Sekolah Menengah
e) Pertandingan Nasyid - Sekolah Menengah
f) Pertandingan Dikir Barat - Sekolah Menengah
g) Pertandingan lorong / sudut PPDa - Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah
h) Bilik PPDa - Sekolah Rendah dan Menengah
 
Unit PPDa JPM berharap sekolah-sekolah akan menyertai semua pertandingan yang dijangka akan diadakan dalam bulan April. (Peringkat Daerah dan Negeri)
 
 
Encik Majid, Tuan Haji Manan, Encik Tuah, Encik Sharom dan Encik Nezam