Pada 15 Januari 2009, satu pertemuan dengan semua guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah menengah telah diadakan. (Untuk makluman, guru bimbingan dan kaunseling kedua merupakan guru Pendidikan Pencegahan Dadah). Dalam taklimat tersebut, Tuan Haji Manan Umar, Ketua Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) telah memberi pendedahan kepada guru-guru Bimbingan dan Kaunseling tentang maklumat terkini dan perancangan serta aktiviti Unit PPDa Jabatan Pelajaran Melaka.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua guru Bimbingan dan Kaunseling kerana sentiasa memberi kerjasama yang padu kepada unit PPDa. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada guru-guru bimbingan dan kaunseling yang mengadakan program kolaborasi. (Diharap lebih banyak sekolah dapat menjalankan program kolaborasi)
Untuk muat turun gambar-gambar ini, sila klik kanan dan pilih "save picture as"
|