Tahniah kepada penulis-penulis modul yang berjaya menghasilkan modul Mesej Anti Dadah dalam bentuk sastera ini. Terdapat 9 gerne antaranya bercerita, sajak, syair, wanwancara, pantun, dan main peranan.
Projek yang dimulakan sejak tahun 2008 ini menghadapi beberapa kekangan tetapi semua cabaran ini dapat diatasi oleh penulis-penulis modul yang terdiri daripada guru-guru bimbingan sekolah rendah. Untuk memastikan bahawa penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam penulisan modul ini, bahan yang dihasilkan ini akan disunting oleh beberapa Jurulatih Utama bahasa Melayu yang diketuai oleh Puan Fadilah Embi dan Puan Nor Azima Amat.
Modul ini akan mula digunakan di semua sekolah rendah mulai tahun 2010. Tahniah. Penyampaian sijil dan Majlis Perasmian Penutup bengkel yang diadakan di Glory Beach Resort ini disempurnakan oleh Tuan Haji Manan bin Umar Ketua Unit Pendidikan Pencegahan Dadah.
Taklimat Oleh Pengerusi Projek Puan Nordahlela
Bahan yang dihasilkan "diuji" dari segi masa (tidak melebihi 5 minit), laras bahasa sesuai dengan murid, dan impak.
Bahan yang telah "diuji" diedit.
dan kemudian "diuji" sekali lagi.
Selamat Hari Lahir. Sempat jugak sambut "Birthday"
|