Unit Pendidikan Pencegahan Dadah dan Petronas akan mengadakan Kursus Jurulatih Utama Sahabat PPDa -Petronas dari 17 hingga 19 Februari 2009. Kursus ini akan dijalankan di Majlis Sukan Negara (MSN) Asahan Melaka. Seramai 50 orang guru yang terdiri daripada guru-guru bimbingan sekolah menengah (30 orang) dan sekolah rendah (20 orang dipilih menghadiri kursus ini. Sila klik "Attachment" di bawah untuk muat turun surat dan senarai nama peserta. Sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Pendidikan Pencegahan Dadah JPM
13 Februari 2009
Mesyuarat Pengurusan Kursus Jurulatih Utama Sahabat PPDa Petronas telah diadakan pada pukul 2.45 petang. Dalam mesyuarat tersebut, beberapa perkara telah dibincangkan antaranya:
a) Jadual Aktiviti Kursus
b) Pengurusan Kursus
c) Penukaran peserta kursus
d) Aktiviti Kursus
Para peserta diingatkan agar membawa pakaian riadah dan barangan peribadi seperti tuala mandi, sabun dan sebagainya.
17 hingga 19 Februari 2009
Kursus Jurulatih Utama Orientasi Sahabat PPDa-Petronas telah diadakan di Saujana Asahan, Majlis Sukan Negara Asahan Melaka. Seramai 50 orang guru Pendidikan Pencegahan Dadah telah mengikuti kursus yang dikendalikan oleh pegawai-pegawai dari Unit Pendidikan Pencegahan Dadah dan Unit Hal Ehwal Murid Jabatan Pelajaran Melaka. (Tuan Haji Manan bin Umar, Encik Abd Latif Yusof, Encik Ahmad Othman, Encik Loh Chee Cheong, Encik Majid Abu Bakar, Encik Nezam dan Encik Fuad Ali)
Kursus ini juga dihadiri oleh pegawai dari Kementerian Pelajaran Malaysia.(Encik Cyrill Christoper Singham, Encik Badrul Hisham, Encik Bashrim) dan Puan Chuah Soo Lian dari Petronas Malaysia.
Program Jurulatih Sahabat PPDa-Petronas Sekolah Menengah telah diadakan di Anjung Tasik, Durian Tunggal Melaka. Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada pelajar tingkatan 2 dan 4 menghadiri program ini. Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk membentuk pelajar-pelajar ini menjadi Jurulatih Pembimbing Rakan Sebaya di peringkat negeri nanti. Tahniah kepada barisan fasilitator yang diketua oleh Cikgu Muhaidin, Cikgu Rahim, Cikgu Mat Shah, Cikgu Ungku Safiah, Cikgu Tan Ai King, dan Cikgu Zurinah yang berjaya memimpin pelajar-pelajar ini. Kesungguhan yang ditunjukkan oleh para pelajar dalam menjalankan aktviti-aktivit yang disediakan mengambarkan kejayaan guru-guru bimbingan dan kaunseling mencungkil bakat terpendam pelajar-pelajar ini.
Untuk mendapat gambar yang lebih berkualiti dan semua aktiviti yang dijalankan, sila hubungi Cikgu Loh di JPN Melaka dan tolong bawa CD sendiri ya....
Tahniah sekali lagi.
|