Program Kolaborasi merupakan satu program tahunan anjuran Unit Pendidikan Pencegahan Dadah. Dalam program ini, beberapa buah sekolah digabungkan dalam satu kumpulan dan menjalankan satu program yang mempunyai matlamat dan objektif yang sama. Untuk sekolah menengah, skop Skim Lencana Anti Dadah menjadi pilihan manakala untuk sekolah rendah, skop Pembimbing Rakan Sebaya PPDa menjadi tumpuan mereka. Kumpulan SMK Canosa yang terdiri daripada SMK Canosa Convent, SMK St. Francis, SMK IJC, SMK MGS, SMK ACS dan kumpulan SK Bendahara yang terdiri daripada SK Bendahara Seri Maharaja, SK Teluk Mas, SK Alai, SK Pernu, SK Paya Redan, SK Tambak Paya, SJK(C) Kuang Yah, SJK(T) Bukit Lintang, SRA Jaim Pernu telah menjalankan program ini pada 28 Februari,. Tahniah kepada sekolah-sekolah tersebut. Satu lagi kumpulan gabungan sekolah-sekolah kawasan Melaka Tengah dan Jasin telah mengadakan program kolaborasi di UNIKL Tabuh Naning, Melaka. Gambar Program Kolaborasi di SK Bendahara Seri Maharaja. Program ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti dan ceramah. Ceramah-ceramah diberi oleh guru bimbingan yang telah dilantik. Antara skop yang diberi tumpuan ialah pengurusan masa PRS, peranan PRS PPDa, dan kepimpinan. Program yang bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 4.00 petang ini mendapat banyak reaksi positif daripada guru-guru pendidikan pencegahan dadah dan guru-guru bimbingan. Tahniah kepada cikgu-cikgu yang mengendalikan program ini. Program kolaborasi di SK Bendahara Seri Maharaja ini dirasmikan oleh Tuan Haji Manan bin Umar Ketua Unit Pendidikan Pencegahan Dadah Jabatan Pelajaran Melaka. Program kolaborasi di SMK Canosa Convent. Sebanyak 5 buah sekolah bergabung untuk menjayakan program kolaborasi ini. Program ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti termasuk ceramah oleh pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Unit Pendidikan Pencegahan Dadah, Jabatan Pelajaran Melaka. Encik Ahmad Othman, penyelia Hal Ehwal Murid Jabatan Pelajaran Melaka memberi pedoman kepada para peserta tentang teknik yang tepat untuk mengisi buku SLAD dan cara membuat buku skrap PPDa seperti yang dikehendaki dalam pertandingan membuat buku skrap. Pelbagai aktiviti LDK juga dijalankan. Tahniah diucapkan kepada semua guru yang terlibat. Program ini dirasmikan oleh Tuan Haji Manan bin Umar. Aktiviti program kolaborasi di UniKL disertai pelajar-pelajar tingkatan 4 sekolah-sekolah kawasan Melaka Tengah dan Jasin. Program ini disertai seramai 164 orang pelajar lelaki dan 174 orang pelajar perempuan. Program ini dijalankan selama 3 hari 2 malam bermula pada 27 Feb hingga 1 Mac 2009. Program ini dirasmikan oleh Encik Husin bin Chek Penolong Pengarah Kaunseling Jabatan Pelajaran Melaka. Gambar-gambar diatas telah dikecilkan saiznya dan dihadkan jumlahnya untuk menjimatkan ruang. Untuk mendapatkan gambar-gambar program di atas, sila hubungi Cikgu Loh. (Sila bawa CD sendiri). Terima kasih, |